Perbezaan antara semakan "Bayam"

2 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
'''Bayam''' ialah [[tumbuhan]] dalam kelas [[sayur|sayuran]]. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu [[bayam hijau]] dan [[Pokok Bayam Merah|bayam merah]]. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan [[zat galian|zat-zat galian]] seperti [[zat besi]] (Fe), [[fosforus]] (P), [[kalium]] (K), [[mangan]] (Mn) dan [[zink]] (Zn). Di [[Malaysia]], bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke [[Singapura]] dan [[Brunei]].
 
Bayam dikenali di Malaysia dan Indonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laos) dan Raudeen (Vietnam). Bayam dipercayai berasal dari [[Asia Tenggara]] dan juga terdapat dan tersebar ke [[Amerika Tengah]] dan [[Afrika]] tetapi dari [[genus]] yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan. Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.<ref>PROSEA: Vegetables in ASEAN (1994) </ref>
 
Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.
 
== Khasiat ==
Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.<ref>PROSEA: Vegetables in ASEAN (1994) </ref>
 
Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi [[hati]].
 
5,902

suntingan