Kami (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Niduzzi (bincang | sumb.)
k Filem Kami dipindahkan ke Kami (filem)
Zct823 (bincang | sumb.)
melengkapkan sebahagian besar artikel ini.
Baris 1:
{{Infobox Film
Filem '''''Kami''''' merupakan filem pertama lakonan Allahyarham [[Sudirman Hj. Arshad]] yang dikeluarkan oleh Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd. pada tahun [[1982]]. Filem ini juga adalah filem pertama arahan [[Patrick Teoh]], iaitu seorang juruhebah radio terkenal yang ketika itu berkhidmat di [[Radio Televisyen Malaysia|RTM]].
|nama = Kami
|image = kami_poster.jpg
[[Zul Zamrin Zamanhuri]], pelakon kanak-kanak filem ini telah berjaya menggondol anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di [[Pesta Filem Malaysia]] ke-3, di Kuala Lumpur. Filem ini juga telah mencipta
|caption = Poster DVD Kami
sejarah sebagai filem Melayu yang berjaya menembusi tayangan di Pawagam Federal.
|director = [[Patrick Yeoh]]
|producer = [[Zain & Zaharan]]
|writer = Patrick Yeoh
|starring = [[Sudirman Hj. Arshad|Sudirman Haji Arshad]], [[Zul Zamrin Zamanhuri]]
|music = [[Kassim Masdor]]
|cinematography = [[Aziz Yusof]]
|editing = [[Salehan Shamsuddin]]
|distributor = [[Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd.]]
|released = Mei 1982
|runtime = 100 Minit
|country = {{flag|Malaysia}}
|website =
|language = [[Bahasa Melayu]]
|budget =
|gross =
|followed_by =
|amg_id =
|imdb_id =
|idsinemamalaysia=286
}}
 
'''''Kami''''' merupakan sebuah filem cereka drama [[Melayu]] terbitan [[Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd.]] Ianya ditayangkan pada tahun [[1982]] dan diklasifikasikan sebagai tayangan umum.<ref name=ringkasankami>[http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Kami_286 Sinema Malaysia - Filem Kami]</ref>
 
Filem ini telah diarahkan oleh [[Patrick Yeoh]] dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan filem tersebut iaitu [[Zain & Zaharan]]. Patrick Yeoh adalah salah satu pengarah bukan Melayu yang pertama mengarah filem Melayu, dan juga filem ini adalah filem pertama arahannya, sejak beberapa dekad lalu.
 
Filem ini menarik perhatian kerana ia satu-satunya filem lakonan [[Sudirman Hj. Arshad|Sudirman Haji Arshad (Allahyarham)]] sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan penghibur terkenal. Walaupun filem ini menampilkan penghibur terkenal, Sudirman pada masa itu masih diawal kariernya dan sambutan filem ini dikatakan agak hambar kerana filem ini mempunyai jalan cerita dan persembahan yang lain daripada yang sedia ada pada masa itu.
 
==Ringkasan==
 
Filem ini mengisahkan dua orang yang masih mentah usianya, Tookoo dan Din, yang melarikan diri daripada rumah ibubapa mereka untuk mencari kebebasan dan rezeki di bandar.
 
Pada mulanya, mereka bukanlah rakan sekampung dan mempunyai negeri masing-masing sehinggalah mereka bertemu dalam satu peristiwa dimana Din dikejar gara-gara mencuri. Din, yang ingin bersama dengan Tookoo, tidak disenangi Tookoo pada mulanya sehinggalah menerima Din sebagai sahabatnya.
 
Mengikut perjalanan filem ini, Tookoo menyimpan hasrat untuk menjadi seorang bintang penyanyi dan menceritakan impiannya kepada Din. Tookoo dengan hanya belajar setakat darjah lima dan Din yang masih budak, mereka hidup begitu melarat dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk mencuci kereta dan mengutip sampah untuk dijual di kilang kitar semula semata-mata untuk mencari sesuap rezeki. Mereka hanya mampu tinggal dirumah kosong dengan beralaskan kertas kotak sebagai tempat tidur.
 
Persahabatan mereka begitu akrab dan ianya dibuktikan iaitu pada satu-satu plot, mereka diugut dan dipukul oleh perompak wang mereka hasil menebas laman rumah, babak Din mengejar Tookoo yang dibawa sehingga ke Balai Polis atas kerana kesilapan penangkapan penjenayah, dan kesanggupan Tookoo dalam membantu Din supaya pulih akibat dilanggar kereta. Babak-babak inilah yang dikatakan menyentuh perasaan para penonton filem ini.
 
==Pelakon==
 
Para pelakon dalam filem ini adalah:
 
 
1. [[Sudirman Hj. Arshad|Sudirman Haji Arshad (Allahyarham)]] sebagai <b>Tookoo</b>:
 
Tookoo, atau nama sebenarnya Salleh, adalah anak kepada seorang pemandu lori dan mempunyai seorang ibu tiri yang dikatakan membenci Tookoo dan selalu memarahi Tookoo. Tookoo pula tidak menyenangi dengan sikap ibu tirinya itu yang suka mengherdiknya. Dia yang memasang impian untuk menjadi penyanyi, nekad untuk lari dari rumah kerana menginginkan kebebasan dan tidak tahan dengan karenah ibu tirinya, dan cuba untuk mencari rezeki di bandar dengan hasil usahanya sendiri. Tookoo yang kadang kalanya dilihat sebagai kasar dan suka memberontak, turut mempunyai jiwa seorang sahabat yang setia dan penyayang, terutama pada Din yang satu-satunya rakan baik Tookoo.
 
 
2. [[Zul Zamrin Zamanhuri]] sebagai <b>Din</b>:
 
Din pula adalah seorang anak yang ditinggalkan oleh ibubapanya yang tinggal bersama dengan makciknya. Dia juga turut melarikan diri kerana tidak tahan akan seksa penderaan makciknya. Din yang merayau ke kota hanya memandang kemewahan dan kegembiraan para penghuni kota itu tanpa mendapat belas ihsan. Atas kerana desakan hidup, sesekali dia dilihat mencuri digerai-gerai hanya untuk mengalas perut. Sehingga dia bertemu Tookoo, dia hanya mengharapkan Tookoo untuk menemani dan menjadi sahabatnya. Pada satu masa, dia menganggap Tookoo sebagai abangnya dan sentiasa mengikuti Tookoo dalam mencari sesuap rezeki demi kelangsungan hidup mereka di kota.
 
 
3. [[Osman Zailani]] sebagai <b>Ayah Tookoo</b>:
 
Seorang pemandu lori yang menyayangi Tookoo, tetapi dikatakan kurang tegas dalam mendidik isteri dan anaknya. Dia yang kehilangan isteri lamanya dan juga ibu kandung Tookoo, dilihat berat hati untuk membenarkan Tookoo untuk ke ibu kota menasihati Tookoo agar tinggal bersamanya dan patuh dengan cakap isteri barunya, tetapi Tookoo enggan. Melihat sikapnya yang menyebelahi isterinya menyebabkan Tookoo sering diherdik dan dihukum oleh isterinya tanpa melarang.
 
 
4. [[Ho Kwee Leng]] sebagai <b>Ibu Tiri Tookoo</b>:
 
Seorang ibu baru, yang menggantikan isteri pertama Ayah Tookoo yang meninggal dunia, yang dikatakan membenci Tookoo. Dia sentiasa memarahi dan mengherdik Tookoo, dan sentiasa menghalau Tookoo bermalam diluar rumah apabila Tookoo melawannya.
 
 
5. [[Ibrahim Din]] sebagai <b>Mamak</b>.
 
6. [[Sharif Babu]] sebagai <b>Pak Du</b>.
 
7. [[Azmi Mohamad]] sebagai <b>Abang Husin</b>.
 
8. Azizah Muslim.
 
9. Norhayati Yaacob.
 
10. [[Param|Param Andhi]]
 
11. Balakrishnan Andhi
 
12. Ganesh Munusamy
 
==Lagu==
 
[[Kassim Masdor]] adalah Pengarah Muzik bagi filem ini dan terdapat tiga buah lagu yang digunakan dalam filem ini iaitu:
 
1. [[Budak Baru]] (Lirik: Sudirman Haji Arshad / Komposer: Fauzi Marzuki).<br/>
2. [[Pelangi Petang]] (Lirik: Sudirman Haji Arshad / Komposer: Kassim Masdor).<br/>
3. [[Kesepian]] (Lirik: Sudirman Haji Arshad / Komposer: Kassim Masdor).<br/>
 
Kesemua muzik disusun oleh Kassim Masdor dan [[Ahmad Shariff]].
 
==Sambutan dan Pencapaian==
 
Sambutan filem ini dikatakan agak hambar disebabkan filem ini bukanlah filem yang biasa ditonton oleh masyarakat [[Malaysia]] pada waktu itu yang menerima filem-filem percintaan ala Hindustan. Filem ini menampilkan unsur-unsur kemanusiaan dan gambaran perjalanan hidup mereka yang melarat, dan unsur-unsur ini dikatakan masih baru dalam industri perfileman pada masa itu.
 
Walaubagaimanapun, filem ini telah mendapat tiga daripada empat undian sebagai filem terbaik tahun 1983 oleh para pengkritik filem. Melalui filem ini juga, Zul Zamrin Zamanhuri telah mendapat Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di [[Festival Filem Malaysia ke-3|Pesta Filem Malaysia ke-3]] pada tahun 1982.
 
Filem ini juga telah mencipta sejarah sebagai filem Melayu yang berjaya menembusi tayangan di Pawagam Federal.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
 
{{Malaysia-stub}}