Kami (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zct823 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Zct823 (bincang | sumb.)
Baris 38:
Mengikut perjalanan filem ini, Tookoo menyimpan hasrat untuk menjadi seorang bintang penyanyi dan menceritakan impiannya kepada Din. Tookoo dengan hanya belajar setakat darjah lima dan Din yang masih budak, mereka hidup begitu melarat dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk mencuci kereta dan mengutip sampah untuk dijual di kilang kitar semula semata-mata untuk mencari sesuap rezeki. Mereka hanya mampu tinggal dirumah kosong dengan beralaskan kertas kotak sebagai tempat tidur.
 
Persahabatan mereka begitu akrab dan ianya dibuktikan iaitu pada satu-satu plot, mereka sama-sama diugut dan dipukul oleh penebas-penebas laman rumah, babak Din mengejar Tookoo yang dibawa sehingga ke Balai Polis atas kerana kesilapan penangkapan penjenayah, dan kesanggupankesungguhan Tookoo dalam membantu Din supaya pulih akibat dilanggar kereta. Babak-babak inilah yang dikatakan menyentuh perasaan para penonton filem ini.
 
==Pelakon==