Najib Razak: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
k Membalikkan suntingan oleh 175.139.212.90 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Baguznet |
||
Baris 1:
{{Infobox Prime Minister
| honorific-prefix = <small>Yang Amat Berhormat Dato' Sri</small><br />
| name =Mohd
| image =
| order =[[Perdana Menteri]] [[Malaysia]]
| term_start =[[3 April]] [[2009]]
Baris 16:
| party = {{Logo kecil BN}}-{{Logo kecil UMNO}} [[BN]]-[[UMNO]]
| birth_date ={{birth date and age|1953|07|23|df=y}}
| birth_place =[[Kuala
| death_date =
| death_place =
| spouse =[[Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar]] (cerai) <br /> [[Rosmah binti Mansor
| children = 5
| constituency =[[Pekan, Pahang|Pekan]]
Baris 25:
| religion = [[Islam]]
}}
'''YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak'''<ref>[http://www.parlimen.gov.my/DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=67 Biodata] di tapak web [[Parlimen Malaysia]]</ref> (lahir [[23 Julai]] [[1953]]) adalah Perdana Menteri [[Malaysia]] (ke-
== Latar belakang ==
Dato' Seri
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan [[Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar]] dan mendapat tiga anak: [[Mohd Nizar Najib]] (lahir [[1978]]), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri [[Rosmah Mansor]] dan mendapat dua anak
== Pendidikan ==
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di [[Institusi St. John]], [[Kuala Lumpur]], dan kemudian belajar di [[Kolej Lelaki Malvern]] di [[Worchestershire]], [[England]]. Beliau mendapat [[Ijazah Sarjana Muda]] dengan Kepujian dalam bidang [[Ekonomi Industri]] daripada [[Universiti Nottingham]], England pada tahun [[1974]].
== Politik ==
Najib mula menceburkan diri dalam arena [[politik]] setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di [[London]] pada [[14 Januari]] [[1976]]. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen [[Pekan, Pahang|Pekan]] yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai [[Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia|Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos]] pada tahun [[1978]] ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun [[1982]] hingga [[1986]], beliau menjadi [[Menteri Besar]] paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai [[Menteri Besar Pahang]] ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
* 1978-1980 - [[Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia|Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos]]
* 1980-1981 - [[Kementerian Pendidikan Malaysia|Timbalan Menteri Pendidikan]]
* 1981-1982 - [[Kementerian Kewangan Malaysia|Timbalan Menteri Kewangan]]
* 1982-1986 - [[Menteri Besar Pahang]]
* 1986-1987 - [[Kementerian Belia dan Sukan Malaysia|Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan]]
* 1990-1995, 1999-2008 - [[Kementerian Pertahanan Malaysia|Menteri Pertahanan]]
* 1995-1999 - [[Kementerian Pendidikan Malaysia|Menteri Pendidikan]]
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi [[Lembaga Kemajuan Penternakan]] (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua [[Pemuda UMNO]] Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada [[1976]]. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli [[Majlis Tertinggi UMNO]] mulai tahun [[1981]].
Pada tahun [[1982]], Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah [[Mokhtar Hashim|Datuk Mokhtar Hashim]] mengosongkan jawatan itu.
Pada [[1987]], beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua [[Pergerakan Pemuda UMNO]] oleh [[Anwar Ibrahim]] setelah Anwar didesak bertanding Naib [[Presiden UMNO]]. Beliau menjadi ketua pada [[25 Mei]] [[1988]] setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun [[1993]] pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun [[1993]], [[1996]] dan [[2000]].
Pada [[7 Januari]] [[2004]], Najib dilantik sebagai [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]].
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]], Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket [[Barisan Nasional]] . Beliau telah bertanding di kawasan [[parlimen]] [[Pekan]] , negeri [[Pahang]]. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah [[Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin]] dari [[PKR]] mendapat 9,798 undi -kalah .
== Kontroversi ==
Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kencaman-kecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga dimana kenyataan bersumpah dialakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
=== Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa ===
{{utama|Isu Najib-Altantuya}}
Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak [[Azilah Hadri]] dan [[Sirul Umar]] telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.<ref>[http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=aLREqcdniT9k&refer=home Najib’s Ex-Security Guards Guilty of Malaysian Murder] Bloomberg</ref>
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh [[Altantuya Shaariibuu]] di sebuah kelab di [[Paris]] pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di [[Shah Alam]]. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.{{fact}}
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web [[Raja Petra Kamarudin]] Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk '''Abuse of Power by the Deputy Prime Minister''' [http://mt.m2day.org/2008/content/view/13687/84/] pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.<ref>{{cite news| title=Najib under pressure, again |date=[[2008-10-11]]| publisher=Malaysian Insider|url= http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10355-najib-under-pressure-again| work = The MalaysianInsider| accessdate = 2008-10-11}}</ref> Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini.
Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa [[Rosmah Mansor|Datin Seri Rosmah Mansor]] hadir di tempat pembunuhan tersebut. <ref>[http://mt.m2day.org/2008/content/view/9050/84/ ROSMAH AT MURDER SCENE, Saturday, 21 June 2008 00:16]</ref> Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.<ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/15/nation/8488514&sec=nation Najib thankful that truth has been revealed, Friday April 15, 2011]</ref>, <ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/15/nation/8488518&sec=nation Raja Petra’s admission ‘exposes the chief conspirator’, Friday April 15, 2011 , The Star Online.]</ref>
=== Perhimpunan Kampung Baru 1987 ===
Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". <ref>[http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/IE10Ae02.html The political revival of Malaysia's Anwar]</ref>Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan<ref>{{Citation | last = Brown | first = Graham K. | author-link = | publication-date = | date = April 2005 | title = Balancing the Risks of Corrective Surgery: The political economy of horizontal inequalities and the end of the New Economic Policy in Malaysia | place = Oxford | publisher = Centre for Research on Inequality, Human Security and Ethnicity, CRISE; Queen Elizabeth House, University of Oxford | url = http://www.crise.ox.ac.uk/pubs/workingpaper20.pdf | accessdate = 07-12-08 }}</ref>. Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm Fitnah burukkan imej PM]</ref>
=== Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular ===
Dalam mengekalkan stategi UMNO untuk mempolitikkan isu perkauman dan agama<ref>[http://www.freedomhouse.org/inc/content/pubs/fiw/inc_country_detail.cfm?year=2007&country=7223&pf Freedom House: Country report (Malaysia, 2007 update)]</ref>, Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."<ref name=NICKMEO>[http://www.google.com Islam’s war on sin dims bright lights in a nation torn between cultures, Nick Meo, Kota Bharu, August 18, 2007]</ref>
=== Perkauman ===
Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. <ref>[http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/IE10Ae02.html The political revival of Malaysia's Anwar.]</ref> Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm Fitnah burukkan imej PM]</ref> Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut.
=== Kecekapan dan kemampuan diragui ===
Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia [[Mahathir bin Mohamad]] sebagai berkata "Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".<ref>[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17875&Itemid=1 Krisis ekonomi: Dr M sifatkan Najib tidak mampu], HarakahDaily.net</ref>
== Semasa menjawat Perdana Menteri ==
Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen [[Satu Malaysia]], sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive Transformasi 100 hari Najib", Utusan Online, 11 Julai 2009.]</ref>
== Gagasan 1 Malaysia ==
''Untuk melihat lebih informasi tentang gagasan 1 Malaysia sila lihat; [[1 Malaysia]]. ''
{{wikikan}}
{{Citations missing}}
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009<ref>[http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/196-logo-dan-tema-hari-kebangsaan.html Tema Hari Kebangsaan 2009]</ref>. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan<ref>[http://www.btn.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=438&Itemid=359 Teras Perpaduan 1Malaysia]</ref>. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.
==Lihat juga==
* [[Dasar luar era Najib Tun Razak]]
== Pautan luar ==
* [http://www.parlimen.gov.my/DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=67 Biodata] di tapak web Parlimen Malaysia
* {{ms}} [http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Najib_Razak:_30_Tahun_Dalam_Politik Ensiklopedia Malaysia: Najib Razak - 30 Tahun Dalam Politik]
==Rujukan==
<references/>
{{Kotak Jawatan|
|