Syurga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot membuang: pl:Niebo (strongly connected to ms:Langit), ug:بېھىش (deleted) mengubah: de:Himmel (Religion), sco:Heiven
Alifmimyanun (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Paradiso Canto 31.jpg|thumb|[[Dante Alighieri|Dante]] dan [[Beatrice Portinari|Beatrice]] melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi [[Gustave Doré]] bagi ''[[Komedi Ketuhanan]]'' (''Divine Comedy'').]]
 
'''Syurga''' (kata serapan daripada [[bahasa SaskritSanskrit]] ''Swargam'' atau ''Heaven'' dalam [[bahasa Inggeris]] dan جنّة ([[Jannah]]) dalam [[Bahasa Arab]]) merupakan satu konsep [[hidup selepas mati]] dalam banyak [[agama]] dan [[falsafah]] [[Kerohanian|rohaniah]].
 
Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau [[neraka]] adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, dewa-[[dewa]], dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.
 
Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh [[malaikat]], [[syaitan]], [[dewa|dewa dan dewi]], dan/atau [[pahlawan]] (khususnya dalam agama [[Zoroastrianisme]] [[Parsi]] dan kemudiannya [[mitologi Yunani]]). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat [[kebahagiaan]] atau kekadangnya kebahagian [[Kehidupan yang abadi|abadi]].
 
==Syurga Mengikut Agama-agama==
 
Dalam [[agama Yahudi]] kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan ''[[Sheol]]'' (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa ''Sheol'' merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. [[Farisi]], salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang [[Kebangkitan Semula]], tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab [[Sadducees]] yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).