Persatuan Penulis Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nuruljannah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Persatuan Penulis Nasional Malaysia''' atau '''PENA''' ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan di [[Universiti Malaya]], [[Kuala Lumpur]] pada 12 Februari, 1961. Pada awalnya, ia hanya dikenali sebagai '''Persatuan Penulis Nasional''' sahaja, tetapi selepas terbentuknya negara [[Malaysia]], nama rasminya menjadi Persatuan Penulis Nasional Malaysia.
 
Rumah [[PENA]] yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur merupakan pusat aktiviti [[Persatuan Penulis Nasional Malaysia]] telah mendapat peruntukan RM1 juta dari kerajaan pada 2011 bagi membaiki semula bangunan.<ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenulisterharudanaRM5juta/Article/index_html Penulis terharu dana RM5 juta, Oleh Hafizah Iszahanid dan Latifah Arifin]</ref>
 
 
==Latar Belakang==
Penubuhan [[PENA]] pada awal 60-an dapat difahami dengan meninjau peristiwa politik sebelumnya dan kegiatan tokoh-tokoh penulis yang menubuhkannya. Pada zaman sebelum merdeka, ramai penulis dari semenanjung tanah Melayu berhijrah ke Singapura untuk bekerja dengan penerbit-penerbit di pulau itu. [[Kamaluddin Muhammad|Kamaluddin Muhammad ( Keris Mas)]], [[Usman Awang|Usman Awang (Tongkat Warrant)]], [[Abdul Wahab Muhammad|Abdul Wahab Muhammad (Awam II-Sarkam)]], [[Abu Yazid Abidin|Abu Yazid Abidin (Wijaya Mala)]] dan [[Mohd Asraf Abdul Wahab|Mohd Asraf Abdul Wahab (Asraf)]] misalnya sangat cergas menulis dan juga bergiat dalam persatuan penulis, Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya [[ASAS 50]], yang ditubuhkan pada Ogos 1950.
 
Aktivis dalam [[ASAS 50]] yang berslogankan "Sastera Untuk Masyarakat", telah menulis beberapa memorandum penting tentang bahasa, kesusasteraan dan pendidikan (termasuk cadangan menubuhkan badan seperti Balai Pustaka Indonesia) yang telah dibincangkan dalam kongres-kongres bahasa dan persuratan di Singapura, Johor Bahru dan Seremban. Ahli-ahli persatuan ini adalah kelompok yang bukan sahaja berkarya dengan sikap yang komited terhadap masyarakat tetapi menjadi pemikir budaya nasionalis yang jauh pandangannya terhadap kemerdekaan serta pembangunan bangsa. Menjelang merdeka (1957) ramai pengarang di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur; ada yang bekerja di [[Utusan Melayu]], di [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] dan di penerbit-penerbit lain. Di ibu kota ini kebanyakan mereka (seperti [[Keris Mas]], [[Usman Awang]], [[Salleh Daud]], [[A.Samad Said]], [[Ahmad Boestamam]], [[Asraf]], [[Awam Al-Sarkam]]) duduk berkampung di Kawasan Melayu, Petaling Jaya. Petaling Jaya juga menjadi kampus bagi [[Universiti Malaya]] mulai 1959. Di kampung ini beberapa pensyarah dan mahasiswa sangat aktif mengkaji dan berbicara tentang bahasa, sastera dan pengajian Melayu. [[Mohd. Taib Osman]], [[Ismail Hussein]], [[Agus Salim]], [[Syed Husin Ali]], [[Kassim Ahmad]] dan kemudian [[Yusuf Hitam]], [[Norzah]], [[Hassan Ahmad]] dan [[Hassan Ibrahim]] adalah antara yang aktif dalam penulisan dan pergerakan Persatuan Bahasa Melayu [[Universiti Malaya]] (PBMUM) pada zaman awal merdeka itu. Dengan demikian, seringlah berlaku pertemuan dan perbincangan antara penulis yang tinggal di Kawasan Melayu seperti [[Keris Mas]], [[Usman Awang]], [[Asraf]] dan [[A. Samad Ismail]](yang berpindah ke Kuala Lumpur bagi menjadi pengarang berita harian) dengan para mahasiswa seperti [[Syed Husin]] dan [[Kassim Ahmad]]. Dalam kalangan mereka inilah tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah persatuan penulis yang sesuai dengan keadaan politik semasa bagi bergerak dalam negara baru yang merdeka.
 
Walaupun idea awal untuk mewujudkan persatuan penulis ini tercetus dalam kalangan penggerak [[ASAS 50]], tetapi mereka menginsafi bahawa persekitaran [[ASAS 50]], yang tumbuh pada zaman penjajahan di Singapura tidaklah sama dengan apa yang ada di Kuala Lumpur pada zaman kemerdekaan. ASAS 50 itu muncul pada masa awal kebangkitan membina bangsa yang merdeka. Jadi gagasan [[PENA]] itu dirancangkan berbeza daripada [[ASAS 50]], iaitu mesti bertujuan kebangsaan - mementingkan perpaduan, keperibadian, serta bahasa dan sastera kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu. Dengan semangat kebangsaan itu maka sebuah kertas kerja tentang tujuan persatuan telah disediakan untuk diketengahkan dalam pertemuan 12 februari 1961 yang dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, [[Abdul Rahman Talib]], di Dewan Kuliah A, [[Universiti Malaya]], Kuala Lumpur. Hasilnya, terbentuklah jawatankuasa kerja: [[Usman Awang]] (ketua I), [[Yunus Maris]] (ketua II), [[Syed Hussin Ali]] (setiausaha I), [[Yusof Hitam]](setiausaha II), [[Zain Arif]] (bendahari) serta ahli-ahli jawatankuasa, [[Kassim Ahmad]], [[Ali Haji Ahmad]], [[Azah Aziz]], [[Wan A. Hamid]]; pemeriksa kira-kira, [[Mustapha Kamil Yassin]] dan [[Aishah Ghani]]. Pendaftaran [[PENA]] kemudian disahkan oleh kerajaan pada 2 September 1962. Maka dengan itu bermulalah sejarah sebuah persatuan penulis yang sangat penting pada awal zaman merdeka dengan berhala tuju kepada menyatukan penulis-penulis tanah air dari semua peringkat dan segala aliran pendapat; dan berusaha seluas-luasnya dalam lapangan bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan kepentingan-kepentingan nasional dengan tidak terikat kepada dasar politik kepartian dan terkeluar daripada bidang undang-undang negara.
 
==Dekad 60-an==
Suatu hal yang cukup menarik daripada komposisi ahli-ahli jawatankuasa [[PENA]] pertama ini ialah nama-nama yang ada itu terdiri daripada orang yang pelbagai jenis kecenderungannya dan pendiriannya baik dari segi politik atau sosial. [[Usman Awang]], [[Syed Husin Ali]], [[Kassim Ahmad]] dan [[Wan A.Hamid]] misalnya cenderung ke arah pemikiran kiri atau sosialis, sedangkan [[Ali Haji Ahmad]] dan [[Aishah Ghani]] jelas sangat akrab atau cergas dalam politik [[UMNO]]. Selainnya terdiri daripada ilmuwan, ahli akademik, dan budayawan. Demikian juga pada tahun-tahun selanjutnya dalam dekad 60-an itu kepelbagaian tokoh dalam pimpinan [[PENA]] terus berlaku dengan melibatkan juga peribadi-peribadi yang pegangannya pada moral atau prinsip agama [[Islam]] seperti [[Keris Mas]] dan [[Abu Zaki Fadzil]]. Yang menemukan pelbagai jenis tokoh ini, baik pengamal sastera, ilmuwan atau aktivis persuratan adalah suatu cinta-cita perjuangan bersama. Iaitu, semangat kebangsaan yang kental, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai wadah jati diri bangsa dan keadilan sosial-ekonomi bagi masyarakat yang sekian lama ditindas. Bahasa, persuratan dan kebudayaan menjadi suara serta saluran perjuangan cita-cita kebangsaan mereka.
 
Berlandaskan semangat serta iltizam baru, pelbagai ceramah, forum dan usaha memperjuangkan hak-hak kaum penulis telah dilakukan seperti soal hak milik penerbitan, hak cipta pengarang dan bayaran royalti serta honorarium. Draf perjanjian antara penulis dan penerbit telah diwujudkan untuk menjadi panduan kepada penulis yang selama ini terdedah kepada layanan sesuka hati penerbit sahaja. selain itu memoranda tentang penggalakan penulisan serta pengiktirafan terhadap kaum penulis juga telah dikemukakan sehingga pihak kerajaan mengadakan hadiah peraduan mengarang novel dengan hadiah yang cukup lumayan pada waktu itu. Iaitu sebanyak RM20,000 melalui "Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka". Bagi memperluas lagi komunikasi dan pengucapan sastera, [[PENA]] telah menerbitkan majalah '''Penulis''' pada Januari, April, Ogos dan Disember 1964 dengan harga setiap majalah hanya 75 sen. Majalah yang cukup menarik ini (diisi oleh pengarang-pengarang Melayu dan bukan Melayu) malangnya tidak berterusan dan percubaan seterusnya tidak juga bertahan lama.