Perbezaan antara semakan "Sel (biologi)"

2,698 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k (r2.6.4) (bot mengubah: stq:Sälle (Biologie))
k
Kesemua sel [[tumbuhan]] mempunyai [[vakuol]] sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah.
Sel [[tumbuhan]] menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) [[kanji]], sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) [[glikogen]].
 
==Sejarah sel biologi==
Oleh kerana saiz sel amat kecil, kehadirannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta [[mikroskop cahaya]]. Disebabkan itu pengetahuan mengenai sel amat berkait rapat dengan kemajuan penciptaan mikroskop cahaya. Pengembangan pengetahuan berkenaan sel adalah hasil kajian sel ([[sitologi]]) menggunakan mikroskop cahaya. Urutan sejarah penemuan sel dan kajian mengenainya dimulakan seperti berikut:
* [[Robert Hook]] (ahli sains Inggeris) telah mereka cipta mikroskop cahaya pada tahun 1664. Pada tahun berikutnya beliau menjadi orang pertama yang menemui sel setelah membuat pemerhatian ke atas tisu gabus.
* [[Anton van Leeuwenhook]] (ahli sains Belanda) pada tahun 1676 menjadi orang pertama menemukan mikroorganisma dengan membuat pemerhatian ke atas setitis sampel air kolam di bawah mikroskop cahaya. hasil dari pemerhatiannya, diketahui bahawa mikroorganisma unisel adalah satu organisma.
* [[Matthias J. Schleidon]] dan [[Theodore Schwann]] (ahli sains Jerman, 1839) mencadangkan teori sel. Teori sel mengatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma.
* [[Purkinje]] (1840) telah menemukan [[protoplasma]] dalam sel tumbuhan. Istilah sitoplasma menyusul kemudian untuk diterima pakai.
* [[Rudolf Virchow]] (ahli sains Jerman, 1855) mengemukakan teori biogenesis yang menyimpulkan bahawa "hidupan berasal daripada hidupan juga" dan ini dinyatakan dengna "sel baru berasal daripada sel-sel yang wujud sebelumnya".
* [[Water Flemming]] (1879) memperkenalkan teknik mewarnakan nukleus dengan menggunakan lilin. Penemuan teknik ini membuktikan kehadiran nukleus dan siri pembahagian nukelus dapat dikaji dan diketahui kemudiannya.
* Sehingga tahun 1900, bidang sitologi berkembang dengan banyak penemuan organel-organel antaranya termasuklah kloroplas, mitokondrion dan jasad Golgi. Had kuasa beza jelas mikroskop cahaya yang telah mencapai maksimum mengehadkan kajian lanjut ke atas bahagian dan ultrastruktur sel.
* [[Mikroskop elektron]] (1930) dicipta dan dengan itu bermulalah era baru bidang sitologi, disebabkan peningkatan had kuasa beza jelas mikroskop elektron.
* Selepas tahun 1946, penggunaan mikroskop elektron dan teknik kajian dan penyediaan bahan spesimen semakin berkembang dan meluas penggunaannya, sehinggalah ke hari ini.
 
==Rujukan==
==Bacaan lanjut==
* {{en}} Reece, J.B., L.A. Urry, M.L. Cain, S.A. Wasserman , P.V. Minorsky, and R.B. Jackson. (2010). Campbell Biology. 9th edition. [[San Francisco]]: Pearson Education Inc. ISBN 978-0321558237
* {{en}} Solomon, E., B. Linda, and D.W. Martin. (2007). Biology. 8th edition. [[Belmont]]: Thomson Broooks/Cole Publication. ISBN 978-0495107057
 
[[Kategori:Biologi sel]]
5,902

suntingan