Liberalisme klasik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Baris 11:
Liberalism di [[Amerika Syarikat]] telah mengambil satu langkah yang pragmatik sebagai tindakbalas terhadap [[revolusi industri]]. Semasa zaman [[Thomas Jefferson]], ekonomi [[laissez faire]] telah diterima sebagai satu dasar liberal untuk mengecapi kesaksamaan terhadap peluang untuk semua. [[Arthur Schlesinger Jr.]] berpendapat bahawa
 
{{cquote|...apabila keadaan penindustrian yang bertambah rumit mula memerlukan campur tangan kerajaan untuk memastikan kesaksamaan peluang, tradisi liberalisme yang setia kepada sasaran dan bukan dogma mengubah pandangannya terhadap kerajaan ... dari situ wujudnya konsep kerajaan kebajikan sosial yang mana kerajaan nasional mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengekalkan tahap penggangguran yang rendah, memastikan taraf hidup dan buruh yang tinggi, menjadi pengadil di dalam persaingan perniagaan dan mendirikan sekuriti sosial yang menyeluruh.<ref>''...when the growing complexity of industrial conditions required increasing government intervention in order to assure more equal opportunities, the liberal tradition, faithful to the goal rather than to the dogma, altered its view of the state ... there emerged the conception of a social welfare state, in which the national government had the express obligation to maintain high levels of employment in the economy, to supervise standards of life and labor, to regulate the methods of business competition, and to establish comprehensive patterns of social security.<ref>.'' Schelesinger Jr., Arthur. [http://www.writing.upenn.edu/~afilreis/50s/schleslib.html ''Liberalism in America: A Note for Europeans''] dari ''The Politics of Hope'', Riverside Press, Boston, 1962</ref>}}
 
Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah semasa tahun 1970-an. Kelembapan ekonomi serta tahap cukai dan hutang yang tinggi menyebabkan ramai makin tertarik kepada liberalisme klasikal. Tarikan tersebut mula membangunkan semula pendapat liberalisme klasikal yang telah lama ditinggalkan oleh orang ramai. Antara mereka yang memperjuangkan fahaman ini adalah [[Friedrich von Hayek]] dan [[Milton Friedman]]. Kedua-dua tokoh ekonomi ini menekanan bahawa campur tangan kerajaan di dalam polisi fiskal akan membawa kesan buruk. Idea ini mula diterima pakai oleh parti politik yang berhaluan konservatif di Amerika Syarikat dan [[Great Britain]] di awal 1980-an.<ref name="Britannica">Girvetz, Harry K. and Minogue Kenneth. [http://www.britannica.com/eb/article-9117288?query=liberalism&ct=eb ''Liberalism''], ''Encyclopædia Britannica'' (online), p. 16, dicatat pada May 16, 2006.</ref> Presiden Ronald Reagan sendiri telah menamakan [[Bastiat]], [[von Mises]] dan [[Hayek]] sebagai tokoh-tokoh yang telah mempengaruhi perkembangan liberalisme klasikal.<ref>Majalah ''Reason''. [http://www.reason.com/news/show/29318.html Insider Ronald Reagan: A Reason Interview]. July 1975</ref>