Kelapa sawit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 19:
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 [[meter]] tingginya. [[Daun]]nya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. [[Bunga]]nya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga [[sepal]] dan tiga [[kelopak]]. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa [[pendebungaan]]. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, [[kelapa]], kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. [[Pembiakan]]nya adalah melalui penyemaian biji-biji.
 
== Perkembangan sejarahSejarah kelapa sawit==
Ia bermula dengan Ca'da Mosto memperkenalkan kelapa sawit pada tahun 1435-1460. Terdapat cubaan untuk menanam kelapa sawit di India dan Kepulauan Maurutius pada tahun 1836. Pada tahun 1870 benih Deli Dura dibawa ke [[Asia Tenggara]] dan ditanam di [[Taman Botani Singapura]]. Pada tahun 1890 minyak kelapa sawit mula digunakan untuk membuat margarine. Lord Leverholme memperkenalkan milling dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Tahun berikutnya kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dibina di Belgium, Congo.
 
===Perkembangan di Malaysia ==
Pada tahun 1848 orang [[Belanda]] membawa kelapa sawit ke Indonesia yang kemudiannya ke Singapura dan [[Tanah Melayu]]. Kelapa sawit datang ke Tanah Melayu melalui Taman Botani Singapura sebagai [[tanaman hiasan]]. [[M. A. Hallet]] menanam pokok kelapa sawit Deli untuk pengeluaran komersial di Sumatera. Kemudian [[M. H. Fauconnier]] menanam pokok kelapa sawit Deli di [[Rantau Panjang]], [[Selangor]]. Pada tahun 1917 bermulalah penanaman kelapa sawit secara komersial di Estet Tannamaran, [[Kuala Selangor]]. Seterusnya di Estet Elmina, Kuala Selangor.
 
Industri sawit [[Malaysia]] dan [[Indonesia]] bermula apabila empat anak benih dari [[Afrika]] ditanam di [[Taman Botani Bogor]], Indonesia pada tahun [[1848]]. Benihnya dari [[Bogor]] ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di [[Deli]], [[Sumatera]] pada dekad [[1870-an]] dan di Rantau Panjang, [[Kuala Selangor]] pada tahun [[1911]]-[[1912]].
 
===Taman Botani Bogor, Indonesia===
Di Taman Botani Bogor terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di [[Asia Tenggara]] yang berasal dari Afrika. [[Taman botani]] ini yang seluas 87 [[hektar]] dibina pada tahun [[1817]], dan merupakan usaha Prof. Dr. Reinwadt, [[ahli botani]] [[Belanda]]. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 [[spesies]].
 
=== Perladangan kelapa sawit di Malaysia ===
Industri sawit Malaysia bermula pada tahun [[1917]] apabila Ladang Tenmaran di [[Kuala Selangor]] ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada [[kacukan]] dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad [[1960-an]] apabila [[Felda]] membuka tanah rancangan secara besar-besaran.
 
Baris 39 ⟶ 36:
Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah [[tropika]], pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.
 
=== Pelepah sawit ===
Bilangan [[pelepah]] yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun dan kemudiannya menurun sehingga 18 hingga 25 pelepah. Pelepah sawit meliputi lai daun, dengan setiap satunya mengandungi lamina, racis tengah, petiol dan kelopak pelepah.
 
Baris 48 ⟶ 44:
[[Imej:YosriLadangKelapaSawit.jpg|300px|right|Ladang kelapa sawit di Malaysia.]]
 
=== Klasifikasi baka sawit ===
Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu ''dura'' (tempurung tebal), ''tenera'' (tempurung nipis) dan ''pisifera'' (tiada tempurung).
 
Baris 57 ⟶ 52:
=== Pembiakan benih sawit ===
Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh :
* [[Jabatan Pertanian Malaysia]] pada tahun [[1912]]
* [[Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia]] (MARDI) mulai tahun [[1969]]
* [[Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia]] (PORIM) pada tahun [[1979]]
* [[Lembaga Minyak Sawit Malaysia]] (MPOB) sejak tahun [[2000]].
 
Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif yang berikut:
* Meningkatkan hasil minyak
* Meningkatkan kualiti minyak
* Mengurangkan kadar ketinggian pokok
* Tahan kepada [[perosak]] dan [[penyakit]].
 
Induk untuk pengeluaran biji benih D x P dipilih berdasarkan hasil tandan dan komponen kualiti tandan dari pokok yang diketahui [[salasilah]]nya. Data ukuran vegetatif sering diambil kira ketika pemilihan. Rekod hasil dikumpul bagi tempoh tidak kurang empat tahun berturut-turut. Komponen kualiti tandan seperti peratusan perahan minyak dan hasil isirung ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan', dengan 3 - 5 tandan dianalisis bagi setiap pokok. Semua data yang dikumpul berdasarkan pokok individu.