Syarif Mekah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirulmukminin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
Syarif Husain ibnu Ali, [[Amir]] Mekah dan penguasa Hijaz dan Tanah Arab melarikan diri ke Jordan (ketika itu dikenali sebagai [[Transjordan]] yang meliputi tanah Palestin). Jordan diperintah oleh putera Syarif Husain, Raja Abdullah atau [[Abdullah I dari Jordan]] sebagai raja Jordan pertama. Iraq juga diperintah oleh keluarga Syarif Husain dengan Raja pertamanya, Raja [[Faisal]] juga putera Syarif Husain tetapi Dinasti Syarif Husain di Iraq hanya bertahan sehingga 3 generasi sahaja iaitu Raja Faisal I, Raja [[Ghazi I]] dan Raja [[Faisal II]]. Raja Faisal II terbunuh dalam rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. Sejak itu, Iraq diperintah sebagai sebuah republik.
 
Kejatuhan Syarif Husain sebagai Amir Mekah sebenarnya ada kaitan dengan penolakan beliau untuk mengiktiraf negara [[Israel]]. Sebagai [[Khadim Al Haramain]] atau 'Penjaga Dua Kota Suci', beliau tidak sanggup mengkhianati amanah yang diberikan oleh umat Islam dengan mengiktiraf negara haram Israel yang didirikan di atas tanah kaum muslimin. Beliau terpaksa membayar penolakan tersebut dengan harga yang sangat mahal iaitu kehilangan kedudukan sebagai Amir Mekah dan Raja Hijaz.
 
==Rujukan==