Eudikot: Perbezaan antara semakan

452 bait ditambah ,  10 tahun lalu
(baharu)
 
}}
'''Eudikot''' atau '''Eudikotiledon''' ialah sejenis [[klad]] [[monofili|monofiletik]] (atau kumpulan berkaitan secara evolusi) [[angiosperma|tumbuhan berbunga]] yang pernah dipanggil ''trikolpat'' atau ''dikot bukan-Magnoliid'' oleh penulis terdahulu. Istilah botani ini diperkenalkan pada 1991 oleh ahli botani evolusi [[James A. Doyle]] dan ahli paleobotani Carol L. Hotton untuk menekankan pencapahan evolusi kemudian oleh [[dikotiledon]] trikolpat daripada dikotiledon awal.<ref name=Endress_2002>{{cite journal |author=Peter K. Endress |title=Morphology and Angiosperm Systematics in the Molecular Era |journal=Botanical Review |date=Okt. - Dis 2002 |volume=68 |series=Structural Botany in Systematics: A Symposium in Memory of William C. Dickison |issue=4 |accessdate=11 Mac 2012}}</ref> Istilah ini bermakna "dikotiledon benar" kerana ia mengandungi majoriti pokok yang dianggap dikotiledon dan memliki [[ciri fenotip|ciri]] dikotiledon. Istilah "eudikot" kemudian telah digunakan secara meluas dalam botani untuk merujuk kepada salah satu klad terbesar angiosperma (mewakili lebih 70% spesies angiosperma), dengan satu lagi ialah [[monokot]]. Angiosperma yang lain kadangkala dipanggil [[angiosperma basal]] atau paleodikot namun kedua perkataan ini tidak digunakan secara meluas atau tekal kerana tidak merujuk kepada kumpulan monofiletik.
 
Banyak tumbuhan yang biasa dilihat tergolong dalam eudikot, termasuk pohon makanan, pokok balak dan hiasan. Contohnya seperti anggota [[Asteraceae|keluarga bunga matahari]] seperti [[dandelion]], [[kobis]] dan anggota lain [[Brassicaceae|keluarganya]], [[durian]], [[epal]], [[Ranunculus|buterkup]], [[mapel]] dan [[makadamia]].
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
{{Kategori Commons|Eudicots}}
 
[[Kategori:Eudikot| ]]
[[Kategori:Taksonomi tumbuhan]]
 
[[en:Eudicots]]
65,428

suntingan