Organisma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 39:
 
===Virus===
Virus lazimnya tidak dianggap sebagai organisme kerana tidak mempu membiak, tumbuh atau ber[[metabolisme]] secara [[Pembiakan seks|sendirian]]. Pertikaian ini menimbulkan masalah kerana sesetengah organisma bersel juga tidak mampu bermandiri dengan sendirian (tetapi mampu bermetabolisme dan membiak sendirian) dan hidup sebagai parasit intrasel yang obligat. Sungguhpun virus hanya ada sebilangan kecil [[enzim]] dan molekul yang memang sifat bagi organisma hidup, namun ia tiada metabolisme sendiri dan tdak boleh mensintensiskan dan menyusun atur sebatian-sebatian organik yang membentuknya. Sewajarnya, pembiakan secara sendirian adalah tidak mungkin, maka virus hanya boleh direplikakan secara pasif oleh jentera [[Sel (biologi)|sel perumah]]. Dalam erti ini, virus adalah serupa dengan jirim yang tidak bernyawa. Biarpun virus tiada metabolisme yang tersendiri, oleh itu sukar dianggap sebagai organisma, namun ia memiliki [[gen|gen-gen]] tersendiri dan mampu [[evolusi|berevolsui]] menerusi mekanisme-mekanisme yang serupa dengan evolusi organisma.
 
==Peristilahan organisasi==
{{Biological classification}}
Kesemua organisma dikelaskan oleh sains [[taksonomi alfa]] kepada [[takson]] atau [[klad]].
 
Takson ialah kumpulan organisma yang berpangkat, dari yang am ([[Domain (biologi)|domain]]) hinggalah yang terperinci ([[spesies]]). Skema pangkat am mengikut tertib tatatingkat adalah seperti berikut:
<div style="-moz-column-count:2; column-count:2;">
# [[Domain (biologi)|Domain]]
# [[Alam (biologi)|Alam]]
# [[Filum]]
# [[Kelas (biologi)|Kelas]]
# [[Order (biologi)|Order]]
# [[Famili (biologi)|Famili]]
# [[Genus]]
# [[Spesies]]
</div>
 
Sebagai contoh, ''[[Homo sapiens]]'' merupakan [[Tatanama binomial|binomial Latin]] yang bersamaan dengan manusia. Menurut teori, kesemua ahli spesies ''sapiens'' sekurang-kurangnya mampu berkacuk secara genetik. Sesetengah spesies juga boleh tergolong dalam genus, tetapi ahli-ahli yang berbeza spesies dalam sesuatu genus itu tidak mampu berkacuk untuk menghasilkan anak yang subur. Namun demikian, ''[[Homo (genus)|Homo]]'' cuma ada satu spesies yang tinggal (''sapiens''), memandangkan ''[[Homo erectus]]'', ''[[Homo neanderthalensis]]'', dsb. telah pupus ribuan tahun yang lalu. Sebilangan genus tergolong dalam satu famili, sebilangan famili dalam satu order dan sebagainya. Akhir sekali, alam yang berkaitan ([[Animalia]] bagi manusia) terletak dalam salah satu daripada tiga domain yang bergantung pada ciri-ciri genetik dan struktur yang tertentu.
 
Kesemua organisme hidup yang dikenali dalam sains dikelaskan oleh sistem in supaya setiap spesies dalam famili yang tertentu lebih berkait rapat dan serupa secara genetik berbanding spesis dalam filum tertentu.
 
==Rujukan==