Gavrilo Princip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
Pada Februari [[1912]], Princip mengambil bahagian dalam tunjuk-[[tunjuk perasaan]] untuk membantah pihak berkuasa [[Sarajevo]]. Disebabkan penyertaannya itu, Princip dibuang [[sekolah]]. Menyusul pembuangan ini, dia pergi ke [[Belgrade]]. Semasa menyeberangi sempadan, dia mencium tanah Serbia. Di Belgrade, Princip mencuba menyertai [[Gimnasium (sekolah)|Gimnasium]] Belgrade Pertama, tetapi gagal dalam peperiksaan kemasukannya.
 
Pada tahun 1912, Serbia sedang sibuk dengan [[pengerahan]] untuk [[Perang Balkan Pertama]]. Princip berhasrat untuk menyertai ''komite'', angkatan [[tentera]] [[gerila]] bukan tetap di bawah [[Vojislav Tankosic]], seorang [[mejar]] Serbia yang pernah bertempur dengan unit-unit OtomanTurki Uthmaniyyah di [[Macedonia (kawasan)|Macedonia]]. Tankosic ialah seorang ahli jawatankuasa pusat untuk kongsi gelap ''Penyatuan atau Kematian'' (''Ujedinjenje ili Smrt''). Bagaimanapun, Princip ditolak oleh ''komite'' di Belgrade kerana dia rendah dan kecil. Dia kemudian pergi ke [[Prokuplje]] di Serbia Selatan untuk mencari Tankosic. Bagaimanapun, Tankosic juga menolaknya kerana dia "terlalu kecil dan terlalu lemah". Princip kemudian berazam untuk mengimbangi saiznya yang tidak sempurna serta penganggaran kurang terhadap keupayaannya. Dedijer memperdebatkan bahawa penolakannya itu merupakan "salah satu niat peribadi yang utama yang mendorongnya untuk membuat sesuatu yang amat berani dan luar biasa supaya dapat membuktikan kepada orang-orang lain bahawa dia adalah sebanding dengan mereka."
 
==Pembunuhan==