Lojing: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Lojing''' merupakan kawasan pedalaman yang terletak di negeri [[Kelantan]]. Puncak Lojing terletak pada 2000 meter dari aras laut. Tanah Tinggi Lojing boleh dihubungi melalui [[Gua Musang]], [[Kelantan]] dan dari [[Cameron Highlands]], [[Pahang]].
 
Nama Lojing dipercayai dari perkataan 'logging' yang bermaksud pembalakan, aktiviti yang paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi Lojing. Perkampungan orang Asli di Tanah Tinggi Lojing ialah [[Pos Brooke]]. <ref>http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1118&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_09.htm&arc=hive</ref>
 
Kerajaan [[Barisan Nasional]] di [[Kelantan]] era [[Menteri Besar Kelantan]], Tan Sri [[Mohamad Yaacob]] telah meluluskan 3,978.98 hektar tanah dengan tempoh pajakan selama 99 tahun mulai [[18 Disember]] [[1985]]. Antara pemaju yang menerima tanah anugerah ini ialah YAKIN, PKINK, KADA, Multi System dan Jasa Benar .<ref>http://penembakbadak.wordpress.com/2007/04/23/isu-lojing-berguru-kepalang-ajal/</ref>
 
Dari tahun [[1990]] hingga tahun [[2007]], kerajaan negeri Kelantan ditadbir oleh kerajaan [[PAS]] pimpinan Datuk [[Nik Abdul Aziz Nik Mat]]. Kerajaan PAS Kelantan telah memberi lesen pembalakan dan pertanian kepada 22 buah syarikat swasta untuk memajukan Tanah Tinggi Lojing. Pembalakan merupakan sumber kewangan utama kerajaan PAS Kelantan sebagaimana aturan [[Perlembagaan Persekutuan]].
Baris 12:
 
==Pembalakan haram di Lojing==
[[Sultan Kelantan]], Tuanku [[Sultan Ismail Petra]] tidak berpuas hati dengan aktiviti pembalakan haram yang disyaki dilakukan oleh 22 syarikat, antaranya dari Singapura. Pembalakan haram akan menjejaskan kualiti [[alam sekitar]] kerana sungai akan tercemar, [[banjir]] mudah berlaku dan air sungai menjadi keruh dan cetek. Pelbagai spesis menarik seperti bunga [[Raflesia]] yang terdapat di Lojing akan musnah.
 
Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Malaysia dan [[Penilaian Alam Sekitar]] ([[EIA]]) telah membuat penyiasatan dan penilaian berhubung pembalakan haram di Lojing. Datuk [[Sazmi Miah]] mahu pihak terlibat dikenakan tindakan. <ref>http://www.redorbit.com/news/science/891766/reforestation_going_on_in_lojing/index.html?source=r_science</ref> 8 syarikat akan didakwa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.<ref>http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive</ref>
Baris 32:
Syarikat Telemont Group telah diberi kontrak untuk menjalankan aktitivi penghutanan semula dan biotech intregrasi di kawasan Lojing semenjak 2002. Sehingga 2007 syarikat Telemont telah menanam 338,000 batang pokok teak, 60,000 batang pokok [[mahogani]] dan 140,000 batang pokok [[karas]] di kawasan seluas 400 hektar. Pengarah Telemont Group ialah Datuk Peter Khoo. Program penghutanan semula pokok ini mendapat kerjasama dan selia dari [[Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia]] (FRIM) di [[Kepong]], [[Selangor]]. Lebih 2 juta batang pokok akan ditanam di kawasan Lojing dalam tempoh 4 tahun.
 
Pada 3 April 2007, Telemont juga dengan kerjasama dengan [[Lembaga Industri Perkayuan Malaysia]] dan Forest Plantation Sdn Bhd akan menanam pokok [[getah]]. Aktiviti penghutanan dilakukan pada aras 500 m dan 300 m dari aras laut.
 
==Rujukan==