Sutera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
"Sutera liar" dihasilkan oleh [[beluncas]] selain ulat sutera kertau dan tidak boleh diternak. Pelbagai sutera liar dikenali dan digunakan di [[China]], [[Asia Selatan]], dan [[Eropah]] sejak zaman silam, cuma penghasilannya sentiasa jauh lebih kecil berbanding sutera ternakan. Sutera liar berbeza dari sutera ternakan dari segi warna dan tekstur, dan kepompong-kepompong liar yang dikumpul selalunya sudah dirosakkan oleh rama-rama yang keluar sebelum dikumpuk, maka benang sutera yang membentuk kepompong itu sudah terputus menjadi pendek. Ulat sutera ternakan pula dibunuh dengan dicelup ke dalam air mendidih sebelum keluarnya rama-rama dewasa, atau dicucuk dengan jarum, membolehkan seluruh kepompong terungkai menjadi sehelai benang yang tak terputus. Ini membolehkan sutera ditenun menjadi kain yang lebih kuat. Sutera liar pula selalunya lebih sukar dicelup warna berbanding sutera ternakan.
 
Adanya bukti sejarah yang menunjukkan bahawa sutera liar sedang diusahakan secara kecil-kecilan di kawasan Mediterranean dan Timur Tengah ketika sutera ternakan yang lebih kuat mula diimport dari China{{Harv|Hill|2003|loc=Appendix C}}. Di Terengganu, seawal 1764 ulat sutera generasi ketigakedua diimport untuk penghasilan benang sutera. <ref>[http://books.google.com.my/books?id=5Te9LWyzQvYC&pg=PA89&lpg=PA91&ots=b4RrHdYypi&dq=songket+pattani&output=html_text The Malay handloom weavers: a study of the rise and decline of traditional ...]</ref>
 
Sutera juga dihasilkan oleh beberapa jenis serangga lain, namun cuma jenis sutera larva rama-rama yang digunakan bagi tujuan pengilangan tekstil. Pernah juga dijalankan kajian terhadap sutera-sutera lain yang menampakkan kelainan dari aspek molekul. Sutera dihasilkan terutamanya oleh [[larva]] serangga yang ber[[metamorfosis]] lengkap, tetapi juga dihasilkan oleh beberapa serangga dewasa seperti ''[[Embioptera]]''. Penghasilan sutera juga kerap diperhati khususnya pada serangga order [[Hymenoptera]] ([[lebah]], [[tebuan]], dan [[semut]]), dan adakalanya digunakan untuk membina sarang. Jenis-jenis [[artropod]] yang lain juga menghasilkan sutera, terutamanya [[araknid]] seperti [[labah-labah]].
 
==Rujukan ==
<div class="references-small"> <references /> </div>
 
 
== Pautan luar ==