Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong''' berlaku pada [[23 Januari]] [[1942]] yang dilakukan oleh anggota [[Pengawal Imperial Jepun|Division Pengawal Imperial (''Imperial Guards Division'')]] dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu|penaklukan Tanah Melayu]] ketika [[Perang Dunia II]]. Beberapa hari terdahulu, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ.
 
Semasa [[BattlePenjajahan ofJepun Malayadi Tanah Melayu]], anggota pasukan [[Division ke-8 Australia|Division ke 8 Australia (''Australian 8th Division'')]] dan [[Brigade Infantri ke-45 India|Brigade Infantri ke-45 India (''Indian 45th Infantry Brigade'')]] sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan. Kesemua mereka yang sihat diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka menyertai barisan pihak Berikat kembali; tetapi bagi sekitar 110 tentera [[Australia]] dan 40 tentera India yang cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalan untuk menyerah diri.
 
Tahanan perang yang cedera ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Sesetengah dari mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dan (dalam kata-kata [[Russell Braddon]]) selepas "dibakar hangus— secara terperinci digelek kehadapan dan kebelakang dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun." (Braddon, p. 101) Kenyataan penduduk tempatan turut melapurkan bahawa tahanan perang (''POWs'') diikat dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh kedalam sungai [[Simpang Kiri]] dan lemas.