Asam gelugur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 15:
}}
'''Asam gelugur''' (''Garcinia atroviridis'' Griff)<ref>{{en}} [http://www.seedtest.org/upload/cms/user/BotaniName.pdf INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names]</ref> atau '''asam keping''' merupakan sejenis [[pokok nadir]] yang dipercayai berasal dari semenanjung [[Malaysia]]. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di [[Thailand]], [[Indonesia]], [[Filipina]] dan juga [[India]]. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh [[Jabatan Pertanian Malaysia]] kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di [[negeri Perak|Perak]], [[Kelantan]], [[Terengganu]], [[Negeri Sembilan]], [[Pahang]] dan [[Kedah]]. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran.
 
Rasa daun dan bunga dalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.
 
==Ciri botani==
Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras berwarna kelabu. Daun tunggal, besar, bujur memanjang, berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat, pucuk muda berwarna kemerahan bertukar hijau tua apabila matang. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang keluar dari celah ketiak daun. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut [[varieti]] iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.
 
==Khasiat==
Buah asam gelugur mengadungi [[asid sitrik]], [[asid tartarik]], [[asid malik]], [[asid askorbik]], [[asid hidroksisitrik]], [[flavonoid]], [[serat]], [[vitamin]] dan [[mineral]]. Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria. Daunnya pula mengandungi serat, [[karbohidrat]], [[alkoloid]], vitamin dan mineral.
 
Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.{{fakta}} Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
==Penanaman==
Penanaman asam gelugor untuk menghasilkan asam keping perlu dibanyakkan lagi dengan penanaman secara komersil. Penanaman boleh menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang dan disemai dalam nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam.