Tarian singa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mh7kJ (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 2105450 oleh 203.82.87.173 (Perbincangan)
Baris 3:
'''Tarian Singa''' ([[bahasa Cina]]: 舞獅; [[pinyin]]: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam [[adat]] warisan masyarakat [[Tionghoa|Cina]], yang mana penari akan meniru pergerakan [[singa]] dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh [[gong]], [[dram]], dan dentuman [[mercun]] yang dikatakan akan membawa tuah.
 
== Sejarah ==舞獅
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang [[Asia]], terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara [[China]], [[Taiwan]], [[Jepun]], [[Korea]], [[Thailand]],[(Malaysia)] dan [[Vietnam]]. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".