Bayam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
'''Bayam''' ialah [[tumbuhan]] dalam kelas [[sayur|sayuran]]. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu [[bayam hijau]] dan [[Pokok Bayam Merah|bayam merah]]. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan [[zat galian|zat-zat galian]] seperti [[zat besi]] (Fe), [[fosforus]] (P), [[kalium]] (K), [[mangan]] (Mn) dan [[zink]] (Zn). Di [[Malaysia]], bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke [[Singapura]] dan [[Brunei]].
 
Bayam dikenali di Malaysia dan [[Indonesia]] dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan ([[Thailand]]), Hom ([[Laos]]) dan Raudeen ([[Vietnam]]). Bayam dipercayai berasal dari [[Asia Tenggara]] dan juga terdapat dan tersebar ke [[Amerika Tengah]] dan [[Afrika]] tetapi dari [[genus]] yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.
 
Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri[[ Johor]] (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.
 
Untuk dibuat [[ulam]], daun dan batang muda dicelur atau direbus lalu dimakan dengan [[sambal belacan]], [[budu]], [[cencaluk]] atau pencecah yang lain. Rasanya manis dan sedap.
 
==Ciri botani==