Perakaman dan pengeluaran semula bunyi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22:
 
Rekaan-rekaan Armstrong menyebabkan perakaman dan pengeluaran semula bunyi elektrik fideliti tinggi menjadi suatu kenyataan praktik, dan memudahkan perkembangan [[amplifier]] elektronik, serta banyak peranti yang lain; menjelang awal dekad [[1930-an]], sistem-sistem ini telah menjadi piawai dalam industri perakaman dan [[radio]]. Rekaan-rekaan Armstrong yang penting itu juga memungkinkan [[penyiaran]] pemancaran julat jauh suara dan muzik yang bermutu tinggi. Pentingnya litar superheterodin Armstrong tidak boleh diperkecilkan — ia adalah komponen yang utama untuk hampir semua peranti [[penghantar]] dan [[penerima]] amplifikasi dan frekuensi radio analog pada [[abad ke-20]].
 
==Format-format perakaman yang lain==
Tempoh ini juga melihat banyak perkembangan bersejarah yang lain, termasuk pengenalan [[Perakam wayar|perakama wayar magnet]], sistem perakaman bunyi magnet praktik yang pertama berdasarkan kerja [[Valdemar Poulsen]], pereka [[Denmark]]. Walaupun perakam-perakam wayar adalah berkesan, mutu bunyinya tidak baik dan oleh itu, antara perang-perang dunia abad ke-20, ia tigunakan khusus untuk merakamkan suara dan dipasarkan sebagai perakam suara perniagaan.
 
Pada dekad [[1930-an]], [[Guglielmo Marconi]], perintis [[radio]], mengembangkan sebuah sistem perakaman bunyi magnet yang menggunakan pita [[keluli]]. Ini diperbuat daripada bahan yang sama dengan mata pisau cukur dan tidaklah hairan bahawa perakam-perakam Marconi-Stille yang ditakuti dianggap sangat berbahaya sehingga para juruteknik terpaksa mengendalikan mesin-mesin tersebut daripada bilik yang berasingan demi keselamatan. Disebabkan kelajuan perakaman tinggi yang diperlukan, mesin-mesin itu menggunakan amat banyak gulungan yang se[[meter]] [[diameter]]nya, dan pita yang nipis itu kerap kali putus, dan mengakibatkan cebisan-cebisan pita keluli melayang-layang di seluruh studio.
 
Lagi satu rekaan utama dalam perakaman bunyi pada tempoh ini ialah sistem [[bunyi-pada-filem]] optik, yang umumnya juga dikatakan dicipta oleh Lee De Forest. Walaupun "[[Talkie]]" awal yang terkenal seperti ''[[The Jazz Singer (1927 film)|The Jazz Singer]]'' mengguakan sistem bunyi-pada-cakera, industri film kemudian mengambilguna sistem bunyi-pada-filem optik dan ini menukar sepenuhnay industr filem pada dekad [[1930-an]], dan memulakan zaman 'gambar bercakap'. Sistem bunyi-pada-filem optik yang mendasarkan [[sel fotoelektrik]] menjadi piawai sistem audio filem di seluruh dunia sehingga digantikan pada dekad [[1960-an]].
 
==Lihat juga==