Sultan Abdul Hamid Halim Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: id:Abdul Hamid Halim dari Kedah
Tamizi ts (bincang | sumb.)
Baris 21:
Hubungan yang baik dipeliharakan antara kedua-dua negera, dengan Kedah menghadiahkan [[ufti]] dalam bentuk "Bunga Emas dan Perak" setiap tiga tahun kepada Istana Siam di [[Bangkok]] sebagai tanda untuk pertuanan Siam. Sehingga kemangkatannya pada tahun [[1910]], Raja Chulalongkorn menunjukkan kasih sayang terhadap Sultan Hamid dan sangat menghormati baginda.
 
Sultan Hamid membuat empat lawatan ke Siam pada tahun [[1890]], [[1892]], [[1895]] dan [[1903]]. Sebaliknya, Raja Chulalongkorn melawat Kedah pada tahun [[1874]], 1890, [[1896]] dan [[1904]]. Bagaimanapun, menurut himpunan surat Sultan Hamid, Raja Chulalongkorn hanya membuat satu lawatan ke Kedah pada thauntahun 1890.
 
Dari masa naik takhta Sultan Hamid pada tahun 1882 sehingga [[1905]], Siam tidak campur tangan dalam pentadbiran dalam negeri baginda. Bagaimanapun, negeri Kedah mengalami krisis kewangan (antaranya akibat perkahwinan putera baginda Raja Muda Tunku Ibrahim selama 3 hari dan pinjaman ceti) pada tahun 1905, dan terpaksa meminjam wang sebanyak $2,500,000 daripada Siam. Pinjaman diberikan dengan syarat bahawa seorang Penasihat Kewangan dari istana Siam diterima oleh Kedah, dan sebuah Majlis Negeri ditubuhkan untuk membantu Sultan dalam pentadbiran semua hal ehwal awam. Pinjaman itu sebenarnya daripada [[Negeri-Negeri Selat]], dan penasihat kewangan tersebut ialah seorang British bernama WJF Williamson.