Merlimau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah jalanperjalanan antara [[Bandar Melaka]] dan Bandar [[Muar]], [[Johor]]. Jaraknya adalah kira-kira 26 km dari Bandar Melaka dan Muar serta 20 km selatan dari Pekan [[Jasin]]. Dahulu pekan ini adalah simpang empat yang sibuk kerana ianya menghubungkan Melaka, Muar, Jasin dan perkampungan Batu Gajah. Semenjak jalan pintas Melaka-Muar dibuka pada sekitar tahun 1970an, pekan ini agak lengang.
 
Keadaan ini berubah apabila kawasan perumahan , bandar baru serta institusi pendidikan diujudkan. Contohnya jika dulu terdapat 2 buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin, iaitu Sekolah Datuk Abdul rahman Yaakub (SDARY) dan Sekolah Dang Anum (SDA, kini terdapat juga Politeknik Merlimau.
Jaraknya adalah kira-kira 26 km dari Bandar Melaka dan 20 km dari Pekan [[Jasin]]. Ia terletak di sebelah Jalan Melaka, dalam Pekan Merlimau.
 
Merlimau dapat dkunjungi dari Melaka sekitar 20-30 minit dari susur keluar Merlimau Jasin di Lipat Kajang, jika anda menggunakan lebuhraya PLUS. Anda mungkin memerlukan masa yang
lebih panjang jika menggunakan jalan persekutuan dari Melaka atau Muar. Ada dua syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentaral menggunakan jalan tersebut iaitu syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz. Apabila jalanraya 4 lorong Simpang Ampat-Melaka-Muar siap kelak, persimpangan yang menghubungkannya dengan pekan Merlimau hanya di sekitar 3 kilometer dari pekan tersebut.
 
Terdapat beberapa kemudahan awam di pekan Merlimau. Antaranya Balai Bomba dan Penyelamat dan pejabat pos. Balai polis pula sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar. Kemudahan ATM BSN Giro terdapat di Jalan Batu Gajah sementara ATM Mayban di luar pekan, iaitu di jalan masuk Taman Debunga.
 
Terdapat beberapa tempat bersejarah bagi Merlimau. Antaranya rumah Penghulu Nattar. Di Kampung Simpang Laut, pengunjung boleh melawat makam Tun Teja. Sejarah Tun Teja berkait dengan era Kesultanan Melaka. Untuk makan malam, pelawat boleh mengunjungi medan ikan bakar di Serkam (sejauh sekitar 5 kilometer) atau Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer).
 
Ada lagi potensi pelancongan yang belum dibangunkan. Antaranya hutan paya bakau. Jika chalet penginapan didirikan, ianya boleh memberikan pengunjung suasana yang berbeza. Hutan paya bakau sudah tidak banyak kelihatan di Melaka kerana keperluan tanah untuk pembangunan. Namun di sini ianya boleh di dapati di sepanjang 6 kilometer pantai landai dan berlumpur dari Pengkalan Samak sehingga muara Sungai Kesang yang memisahkan Johar dan Melaka. Terdapat sedikit gangguan, tetapi secara keseluruhannya masih terpelihara. Pengunjung juga boleh melihat projek akua-kultur ternakan kupang di Sebatu.