Penulis lagu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Penulis lagu''' ialah seorang yang menulis [[lirik]], [[gubahan muzik]], atau gubahan [[melodi]] untuk lagu-[[lagu]], atau kesemuanya. Dengan kata yang lain, seorang penulis lagu ialah [[penulis lirik]] atau [[penggubah]], ataupun kedua-duanya. Bagaimanapun, istilah 'penulis lagu' biasa digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang menulis [[lagu popular]], berbanding dengan menulis [[lagu seni]].
 
 
==Sejarah dan latar belakang penulis-penulis lagu==
Penulis-penulis lagu mungkin akan menyanyi lagu yang ditulis mereka, atau mereka menulisnya untuk orang lain bernyanyi. Mereka yang menanyi lagu yang ditulisnya kini biasanya dipanggil ''[[penyanyi-penulis lagu]]'', walaupun tradisi untuk berbuat demikian telah wujud sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Manusia prasejarah sering diagak menggubah dan menyanyi lagu. Lebih baru-baru ini, para [[troubadour]] [[Zaman Pertengahan]] menyanyi karya mereka sendiri dan demikian juga dengan
[[Minnesinger]] [[Jerman]].
 
Kebanyakan penulis lagu seni ditulis untuk orang lain bernyanyi dan bukannya untuk penggubah sendiri, walaupun [[Franz Schubert]] diketahui biasa menyanyi lagu sendiri dalam majlis-majlis peribadi.
 
Banyak [[pancaragam]] [[rock n' roll]] moden mempunyai satu atau dua penulis lagu yang biasanya merupakan ahli pancaragam.
 
There have been quite a few popular songwriting teams such as the [[Motown]] team of [[Brian Holland]], [[Lamont Dozier]] and [[Eddie Holland]] (collectively known as [[Holland-Dozier-Holland]]) and the teams of [[Jerry Leiber and Mike Stoller|Leiber and Stoller]], [[Lennon-McCartney|Lennon and McCartney]], [[Morrissey]] and [[Johnny Marr]], [[Elton John]] and [[Bernie Taupin]], [[Alan Jay Lerner]] and [[Frederick Loewe]], [[George and Ira Gershwin]], [[Mick Jagger|Jagger and Richards]], [[Roger Cook]] and [[Roger Greenaway]], [[Toxic Twins|Steven Tyler and Joe Perry]], [[Jon Bon Jovi]] and [[Richie Sambora]], [[Guy Fletcher OBE|Guy Fletcher]] and [[Doug Flett]], [[Geoff Stephens]] and [[Tony Macaulay]], [[Rodgers and Hart]], [[The Bee Gees]], [[The Jacksons|the Jackson brothers]], [[Albert Hammond]] and [[Mike Hazelwood (singer)|Mike Hazelwood]], [[Joe Strummer]] and [[Mick Jones (The Clash)|Mick Jones]], [[Ashford & Simpson]], [[Robert Plant]] and [[Jimmy Page]], and [[Don Henley]] and [[Glenn Frey]].
 
Banyak penulis lagu juga bertindak sebagai [[penerbit muzik]] sendiri, manakala yang lain mempunyai penerbit luar. Lagu-lagu [[lagu rakyat Amerika]] biasanya ditulis oleh ''penulis kakitangan'', iaitu penulis lagu yang digaji oleh penerbit muzik.
 
Dari segi [[undang-undang]], lagu-lagu hanya boleh disalin atau dipersembahkan di khalayak ramai dengan kebenaran penulis. Kuasa sah untuk memberi kebenaran boleh dibeli dan dijual, serta juga dipindahkan. Ini dikawal oleh [[Hak cipta|undang-undang hak cipta]]. [[Royalti]] penulisan dan penerbitan lagu boleh merupakan sumber pendapatan yang besar, khususnya jika lagu itu menjadi [[rekod kegemaran ramai]].
 
Para penulis lagu dalam genre muzik popular sering juga bekerja sebagai [[penerbit rekod]] dan seringnya menggunakan gelaran profesional [[penerbit-penulis lagu]].
 
==Lihat juga==