Alexander Graham Bell: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
Baris 20:
Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian [[perintis]]an dalam [[hidrofoil]] dan [[aeronautik]]. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas [[Persatuan National Geographic]].<ref>[http://magma.nationalgeographic.com/ngm/ngm.html National Geographic Magazine<!-- Bot generated title -->]</ref> Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.<ref>MacLeod 1999, p. 19.</ref> Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."<ref> Dunn 1990, p. 41.</ref>
 
'''''===Ciptaan pertama===
Semasa kanak-kanak, Alexander Graham Bell menunjukkan sifat ingin tahu semulajadi terhadap dunianya, mengumpul contoh botani dan melakukan ujikaji pada usia muda. Sahabat baiknya adalah Ben Herdman, jiran yang keluarganya mengendali kilang mengisar tepung, tempat banyak penjelajahan. Aleck yang muda bertanya apa yang perlu dilakukannya di kilang tersebut. Dia diberitahu bahawa gandum perlu dikupas melalui proses yang memenatkan dan pada usia 12, Bell membina peranti buatan sendiri yang menggabungkan dayung berputar dengan set berus paku, mencipta mesin pengupas yang digunakan secara berterusan selama beberapa tahun.<ref name= "Bruce p. 16."> Bruce 1990, p. 16.</ref> John Herdman memberikan peluang kepada mereka untuk memulakan kajian di dalam sebuah bengkel yang kecil sebagai ganjaran.<ref name= "Bruce p. 16."/>
 
Sejak awal lagi, Bell menunjukkan sifat sensitif dan bakat bagi seni, syair dan muzik yang diwarisi daripada ibunya. Tanpa latihan rasmi, dia menguasai piano dan menjadi pemain piano keluarganya.<ref name= "Gray p. 8"> Gray 2006, p. 8.</ref> Sungguhpun pada kebiasaannya senyap dan pendiam, dia menggemari mengajuk dan "helah suara" menyamai ventriloquism yang menghibur pelawat keluarganya.<ref name= "Gray p. 8"/> Bell juga amat terasa apabila keadaan ibunya beransur-ansur menjadi semakin pekak, (ibunya mula kehilangan pendengaran semasa dia berusia 12 tahun) dan belajar bahasa jari manual agar dia boleh duduk disamping ibunya dan mengetuk secara diam-diam perbualan sekitar ruang tamu keluarga.<ref name= "Gray p. 9"> Gray 2006, p. 9.</ref> Dia turut membangunkan teknik untuk bertutur dalam ton jelas "modulated" terus pada dahi ibunya dari mana ibunya mampu mendengar perkataannya dengan agak jelas.<ref name= "Mackay p.25"> Mackay 1997, p.25. </ref> Keasyikan Bell dengan kehilangan pendengaran ibunya mendorong dia mengkaji akustik.