Sejarah Azerbaijan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
Selama [[Perang Dunia Kedua]], [[Jerman Nazi]] [[menyerang Kesatuan Soviet]]. Tujuan utama serangan [[Operasi Edelweiss]] [[Adolf Hitler]] ialah mencaplok ibukota kaya minyak Azerbaijan, Baku. Kerana alasan perang, pekerja minyak Soviet diwajibkan bekerja tanpa henti dan warganegaranya menggali parit dan rintangan antitank untuk menghalau kemungkinan serangan musuh. Namun, Operasi Edelweiss gagal. Pasukan Jerman pertama kali gagal di pergunungan [[Kaukasus]], mereka kalah teruk dalam [[Pertempuran Stalingrad]].
 
Pada [[1990]], orang Azeri berkumpul untuk memprotes kekuasaan Soviet dan menuntut kemerdekaan. Secara brutal demonstrasi itu ditindas oleh campur tangan Soviet dalam peristiwa yang kini disebut orang Azeri sebagai [[Januari Hitam]]. Namun pada [[1991]], Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaannya saat jatuhnya Kesatuan Soviet. Malangnya, tahun-tahun awal kemerdekaan dialihkan dengan [[Perang Nagorno-Karabakh|perang terhadap Armenia dan gerakan pemisah Armenia]] atas kawasan [[Nagorno-Karabakh]]. Meski ada [[gencatan senjata]] di tempat sejak [[1994]], Azerbaijan belum menyelesaikan konflik dengan Armenia atas wilayah yang dominannya orang Armenia. Sejak akhir perang, Azerbaijan kehilangan kawalan 14 - 16% wilayahnya termasuk Nagorno-Karabakh sendiri.<ref [1]name="DeWaal">{{en}} Thomas De Waal. ''Black Garden: Armenia And Azerbaijan Through Peace and War''. New York: New York University Press, h. 240. ISBN 0-8147-1945-7</ref><ref>{{en}} [2https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/aj.html#Issues CIA — The World Factbook. Azerbaijan.]</ref> Sebagai akibat konflik, kedua-dua negara menghadapi masalah [[pelarian]] dan orang terlantar seperti kesulitan ekonomi.
 
Namun, bekas pemimpin Azeri Soviet [[Heydər Əliyev]] mengubah pola ini di Azerbaijan dan mula mengeksploitasi cadangan minyaknya yang kaya di Baku, sesuatu yang membuat Azerbaijan terkenal. Heydər Əliyev juga membersihkan perjudian dan boleh menekan kadar pengangguran di negara itu. Ia juga mencari hubungan lebih dekat dengan Turki saat secara serentak membuat usaha menyelesaikan konflik [[Nagorno-Karabakh|Karabakh]] secara damai dengan Armenia. Namun, keadaan politik di Azerbaijan tetap tegang khususnya setelah Heydar Aliyev, saat kematiannya, memilih anaknya [[Ilham Əliyev|Ilham]] menyandang jawatan presiden. Kekuatan pembangkang Azeri tak puas dengan pergantian dinasti ini dan menuntut pemerintahan demokrasi.