Putih Salji: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 20:
Pada suatu masa dahulu, di mana dunia ini dikuasai oleh pari-pari dan makhluk ajaib, tinggal sebuah negara yang aman dan damai yang diperintah oleh raja dan permaisuri yang baik hati. Namun mereka tidak berasa gembira kerana tidak dikurniakan anak. Semua usaha telah digunakan namun tiada gunanya, mereka tidak juga dikurniakan anak. Hinggalah pada suatu hari musim sejuk tiba, permaisuri sedang menjahit di tepi anjung istana. Sambil dia menjahit dia memerhatikan taman istana yang putih diselaputi salji. Beberapa ekor burung gagak sedang bertenggek di atas dahan pokok di taman tersebut. Apabila permaisuri asyik melihat burung-burung gagak tersebut secara tiba-tiba mereka terbang secara mengejut dan permaisuri tercucuk jarumnya. Tiga titis darah merah menitis di atas salji yang putih. Permaisuri memandang ke arah darah yang mengembang seolah-olah bibir seorang budak perempuan. Lalu dia berkata "Alangkah baiknya jika beta mempunyai anak yang bibirnya semerah darah, rambut sehitam kegelapan malam dan kulitnya seputih salji". Tidak lama kemudian permaisuri melahirkan bayi perempuan yang sangat comel dan menamakan Putih Salji(Snow White). Tidak lama kemudian permaisuri meninggal dunia dan dia memanggil satu-satu anak perempuanya, "Anakku, kamu mempunyai kecantikkan yang jarang dimiliki orang lain, di sini..." sambil memegang dada Putih Salji "Jangan pernah lupakannya sayang, selalulah menjadi anak yang baik budi pekertinya". Permaisuri itu dikebumikan di dalam taman dan setiap hari Putih Salji melawat ibunya dan menangis meratapi kehilangan ibunya yang tersayang.
 
Tidak lama kemudian, raja mengahwini seorang wanita yang sangat cantik dan dicintainya. Pada hari perkahwinanya, permaisuri baru itu memandang ke arah Putih Salji dan dipenuhi rasa kasih sayang yang amat mendalam. Dia amat menyayangi anak tirinya dan Putih slji menyayangi ibu tirinya. Namun hubungan ibu dan anak itu mula berubah apabila raja mati terbunuh di dalam peperangan. Sikap ramah dan baik hati permaisuri mulah berubah menjadi jahat dan mementingkan diri sendiri. Pada luarannya dia kelihatan hidup namun secara dalaman dia telah mati bersama raja pada hari dia terbunuh. Permaisuri hanya dapat mentemteramkan hatinya denganmengetahuidengan mengetahui bahawa dialah wanita tercantik di dalam negerinya. Untuk memastikan bhawa dialah yang paling cantik, dia mengamalkan ilmu sihir untuk mengekalkan kecantikkanya. Dia juga mempunyai sebuah cermin ajaib yang boleh berkata-kata dan bercakap benar. Setiap hari permaisuri bertanya kepada cerminnya "Wahai sang cermin pada dindingku / Siapakah yang tercantik sekali di negeriku?" dan cermin itu akan menjawab "Permaisuriku kamulah yang paling cantik". Dan setiap hari dia akan bertanya soalan yang sama. Jika ada sesiapa yang lebih cantik daripada permaisuri, dia kan dibunuh dan dipotong keluar hatinya untuk dimakan permaisuri tersebut.
 
Namun, setelah Putih Salju mencapai usia tujuh tahun, ratu menerima balasan cermin seperti ini: "Tuanku sememangnya cantik sekali, tetapi Putih Salju lebih cantik" atau "Putih Saljulah yang tercantik sekali."