Setiu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
SETIU
Baris 21:
 
Daerah ini mempunyai sebuah pekan kecil yang dinamakan Bandar Permaisuri. pekan ini mempunyai beberapa kemudahan perbankan seperti Bank simpanan nasional, agro bank, CIMB bank, serta tabung haji. selain itu, kemudahan stesen minyak seperti shell, caltex dan petronas juga terdapat di pekan ini. kemudahan stesen perkhidmatan bas dan teksi turut disediakan di pekan ini bagi memudahkan penduduk untuk ke sesuatu destinasi. pekan ini juga turut terkenal dengan pasar taninya yang besar dimana ianya dibuka pada setiap hari sabtu dan selasa.
 
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
 
 
Lata Chakah
Merupakan salah satu pusat peranginan bagi Daerah Setiu. Diselubungi dengan tumbuhan menghijau dan air terjun. Sesuai untuk aktiviti perkelahan bagi yang berkeluarga, lari dari kesibukan kota dan kerja.
Lapang Sasar Golf
Bagi yang ingin mencuba pukulan dan hayunan golf, lapang sasar golf adalah tempat yang sesuai untuk berkunjung. Pengunjung boleh memilih sama ada ingin menggunakan 100 biji bola golf sehingga 200 biji bola golf dengan harga yang berpatutan.
Pantai Penarik & Rhu Sepuluh
Pantai Penarik dan Rhu Sepuluh adalah pantai yang belum terjejas dengan pembangunan dalam Daerah Setiu agak popular kerana berdekatan dengan jalan utama ke Kelantan dan dari Kelantan ke Terengganu. Hanya 400 meter dari Kampung Penarik anda akan menjumpai Pantai Rhu sepuluh yang terkenal dengan ‘ikan celup tepung’.
Pusat Rawatan Alternatif
Bagi pengunjung yang gemarkan rawatan tradisional, anda boleh berkunjung ke Pusat Rawatan Alternatif. Pusat rawatan ini yang diiktiraf dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Selain daripada perkhidmatan jenis urutan, turut disediakan mandian wap. Pusat ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Kadar bayaran untuk urutan satu badan adalah RM25 dan RM15 bagi mandian wap selama sejam. Kaum wanita juga boleh mendapatkan khidmat ini kerana tukang urut terdiri daripada 8 wanita dan 12 lelaki.