Enjin dua lejang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ZéroBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: ro:Motor în doi timpi
Keosintal (bincang | sumb.)
Baris 28:
[[Enjin diesel]] dua lejang mempunyai reka bentuk yang berbeza daripada [[enjin petrol]] dua lejang. Di dalam enjin diesel dua lejang, udara masuk melalui liang masukan di bahagian tepi silinder dan tidak melalui kotak engkol. Bukaan liang masukan dikawal oleh omboh. Seperti juga [[enjin empat lejang]] diesel, enjin dua lejang diesel juga tidak mempunyai [[palam pencucuh]] dan [[minyak diesel]] disuntik ke kebuk pembakaran pada penghujung lejang mampatan. Semasa omboh turun ke bawah sehingga membuka liang masukan, injap ekzos turut terbuka dan udara bersih dari liang masukan akan memaksa gas ekzos keluar, menjadikan gas ekzos enjin diesel dua lejang lebih bersih daripada enjin petrol dua lejang.
 
Walau bagaimanapun, enjin ini memerlukan [[pengecas superturbo]] untuk berfungsi mengepam masuk udara bersih ke dalam enjin. Oleh itu, enjin diesel dua lejang yang dilengkapi pengecas super dianggap sebagai enjin pernafasan biasa. Di dalam sesetengah kes, enjin diesel dua lejang yang sedia dipasang dengan pengecas super boleh dipasang dengan [[pengecas turbo]] bagi meningkatkan kuasanya.
 
Enjin diesel dua lejang lazimnya digunakan dalam aplikasi berat seperti [[lokomotif]] [[kereta api]], [[janakuasa elektrik]] serta sebagai enjin [[kapal]].