Pengkalan Kubor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[image:Pengkalankubor.gif|thumb|right|Pengkalan Kubor sebuah [[Kawasan Bebas Cukai]]]]
 
'''Pengkalan Kubor''' ialah sebuah daerah di dalam Jajahan Tumpat dan bandar [[sempadan]] Malaysia di [[sempadan Malaysia-Thailand]], utara negeri [[Kelantan]]. Bersempadan dengan Negara Thailand [[Tak Bai, Narathiwat]]. '[[Pengkalan]]' bermaksud tempat [[kapal]] ,[[ sampan ]], [[ bot ]], [[feri]] atau [[tongkang]] berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk setempat , Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat ( sepanjang Jalan KASBAN) . Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 30,000.00 orang. Terdapat sebuah Pejabat Kerajaan ( Pusat Pentadbiran Daerah ) yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ' Penghulu ' [ Penggawa di Kelantan] dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa dan Penghulu-Penghulu Mukim, pejabatPejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor terletak di Chabang Tiga Geting, Geting, Tumpat . Di peringkat ini hanya terdapat beberapa jabatan dan perbadanan awam yang mempunyai cawangan masing-masing. Peranan utama seorang Penggawa ialah untuk membantu Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program dan projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan di kampung-kampung bawah jagaannya. Penggawa dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan kepada kebolehan dan kelayakan akademik . Terdapat lima (5) buah masjid mukim dan sub-mukim dalam daerah Pengkalan Kubor iaitu Masjid Mukim Ketil ( Masjid Al-Huda), Masjid Mukim Geting ( As-Somadi), Masjid Mukim Simpangan, Masjid Mukim Bendang Pak Yong dan Masjid Sub-Mukim Kubang Sawa. Juga terdapat tiga (3) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pengkalan Kubor, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu. Lima (5) buah sekolah rendah juga terdapat dalam daerah ini, sebuah sekolah menengah dan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Terdapat tempat-tempat menarik dalam Daerah Pengkalan Kubor ini iaitu Infogaleri Tengku Anis Sg. Golok yang terletak di muara Sg. Golok ( Kuala Tabal) dan Pantai Geting.
 
==Dua kerakyatan==