Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 66:
Sebelum dilantik sebagai menteri, Raja Nong Chik bergiat dalam bidang perniagaan. Beliau memulakan kariernya dengan FELCRA pada tahun 1978. Setahun kemudian, beliau menjadi Pengurus Perancangan Korporat dan Kewangan dengan Kumpulan Fima Berhad. Pada 1982, beliau menyertai OYL Industries sebagai Pengarah Eksekutif, yang membawa kepada penubuhan satu syarikat kerjasama iaitu Razatec Sdn Bhd yang memperkenalkan produk elektrik jenama tempatan iaitu Acson; yang sekarang ini terkenal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
 
Raja Nong Chik juga pernah menerajui Persatuan Pengilang dan Industri Servis Bumiputera sebagai Presiden dan juga ahli Majlis Inovasi Negara. Beliau juga merupakan Presiden [[Kuala Lumpur FA]].
 
Raja Nong Chik memegang ijazah Ekonomi (Kepujian) dari University of Wales, UK dan ahli Chartered Institute of Management Accountants, Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.