Kongres India Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 112.137.166.36 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh EmausBot
Baris 14:
}}
'''Kongres India Se-Malaysia''' (singkatan: MIC; [[Inggeris]]: ''Malaysian Indian Congress'') ([[bahasa Tamil|Tamil]] : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) merupakan sebuah parti politik di [[Malaysia]] dan satu daripada anggota pengasas, parti gabungan, [[Barisan Nasional]], sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan, yang mana ia telah berkuasa memerintah negara Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.
 
==Sejarah==
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada [[Ogos]] [[1946]].
 
MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, [[Kuala Lumpur]]. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
 
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.
 
Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.
 
==Presiden MIC==