Kelapa sawit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 30:
Industri sawit Malaysia bermula pada tahun [[1917]] apabila Ladang Tenmaran di [[Kuala Selangor]] ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada [[kacukan]] dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad [[1960-an]] apabila [[Felda]] membuka tanah rancangan secara besar-besaran.
 
== Ciri-ciri botaniMorfologi ==
[[imej:Elaeis guineensis - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-056.jpg|thumb|250px|Lukisan botani kelapa sawit.]]
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 [[meter]] tingginya. [[Daun]]nya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. [Bunga]]nya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga [[sepal]] dan tiga [[kelopak]]. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa [[pendebungaan]]. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, [[kelapa]], kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. [[Pembiakan]]nya adalah melalui penyemaian biji-biji.