David Murray-Lyon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
 
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
== Khidmat Tentera ==
 
Murray-Lyon ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam tahun 1908 di dalam Tentera Simpanan Britain ([[Territorial Army]]) dalam pasukan Royal Garrison Artillery. Dalam tahun 1910, dia ditukarkan ke batalion ke-3 [[King's Own Scottish Borderers]] sebagai pegawai simpanan. Dalam tahun 1911 Murray-Lyon menjadi pegawai tetap dan ditukarkan bertugas dengan Batalion Pertama Rejimen Highland Light Infantry berpangkalan di [[Lucknow]], [[India]].
 
=== [[Perang Dunia I]] ===
[[Image:Lancashire Fusiliers trench Beaumont Hamel 1916.jpg|thumb|right|Muyrray-Lyon Berkhdimat Selama 4 tahun Di Perancis Dalam Peperangan Parit Di Barisan Hadapan]]
 
Selepas meletusnya [[Perang Dunia I]], banyak rejimen-rejimen British yang berkhidmat di seluruh pelosok empayar dipanggil pulang untuk berkhidmat di Perancis. Batalion Highland Light Infantry dihantar ke Perancis dalam tahun 1914 dan ditempatkan di barisan hadapan pada permulaan tahun 1915. Semasa [[peperangan parit]] di Perancis, Murray-Lyon menerima kecederaan sebanyak 2 kali, dan telah [[Dipuji Dalam Laporan]] (Mentioned in Dispatches) dan diberikan pingat [[Military Cross]] untuk keberanian di [[Flanders]]. Dalam tahun 1916, Murray-Lyon dinaikkan pangkat menjadi Mejar dan menjadi [[Adjutan]] Batalion ke-4 Highland Light Infantry.
 
Dalam bulan Disember 1916, Murray-Lyon dijadikan Timbalan Pemerintah Batalion Kedua Highland Light Infantry sehingga buan November 1917 apabila dia dijadikan Pegawai Pemerintah King's Regiment (Liverpool). Semasa dengan batalion ini, Murray-Lyon memenangi anugerah [[Distinguished Service Order]] semasa memimpin batalionnya dalam pertempuran di [[Moeuvres]].
 
Dalam tahun 1917 hingga 1918, Murray-Lyon dipuji sebanyak 3 kali dalam laporan dan dinaikkan pangkat menjadi [[Leftenan Kolonel]] (Sementara) dan menjadi pegawai pemerintah Batalion Kedua Highland Light Infantry dan dalam bulan Jun 1918 menjadi pegawai pemerintah Batalion 1/15 [[Royal Scots Fusiliers]] sehingga akhir peperangan.