Perbezaan antara semakan "Bumi"

1 bait dibuang ,  8 tahun lalu
k
==Masa Proterozoikum (2,5 bilion – 290 juta tahun lalu)==
Proterozoikum ertinya masa kehidupan awal. Masa Proterozoikum merupakan awal terbentuknya hidrosfera dan atmosfera. Pada masa ini kehidupan mulai berkembang dari organisme bersel tunggal menjadi organisme bersel banyak (enkaryotes dan prokaryotes). Menjelang akhir masa ini organisme lebih kompleks, jenis invertebrata bertubuh lembut seperti ubur-ubur, cacing dan terumbu karang mulai muncul di laut cetek, yang bukti-buktinya dijumpai sebagai fosil pertama. Masa Arkeozoikum dan Proterozoikum bersama-sama dikenal sebagai masa pra-kambrium.
==Zaman Kambrium (590-500 juta t6huntahun lalu)==
Kambrium berasal dari kata “Cambria” nama latin untuk daerah Wales, di mana batuan berumur kambrium pertama kali dipelajari. Banyak haiwan invertebrate mulai muncul pada zaman Kambrium. Hampir seluruh kehidupan berada di lautan. Haiwan zaman ini mempunyai kerangka luar dan cengkerang sebagai pelindung. Fosil yang umum dijumpai dan penyebarannya luas adalah Alga, Cacing, Sepon, Koral, Moluska, Ekinodermata, Brakiopoda dan Artropoda (Trilobit). Sebuah daratan yang disebut Gondwana (sebelumnya pannotia) merupakan bakal benua Antartika, Afrika, India, Australia, sebahagian Asia dan Amerika Selatan. Sedangkan Eropah, Amerika Utara, dan Tanah Hijau masih berupa benua-benua kecil yang terpisah.
 
 
== Geografi ==
68

suntingan