Racun nematod: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: de, fr, pl, pt
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Racun nematod''' ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh [[nematod]]. Kawalan nematod secara kimia bukanlah satu kaedah baru. Penggunaan karbon disulfida untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di Jerman telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975), penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.
 
Di [[Malaysia]] penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu meneydari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-rumah hijau atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para petani yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.
{{tunas}}
 
==Jenis racun nematod==
Berasaskan kepada cara penggunaan, racun nematod boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penggunaan secara pewasapan dan bukan pewasapan. Pewasapan merupakan cara yang mula=mula sekali digunakan untuk mengawal nematod dan perosak-perosak lain yang terdapat dalam tanah. Bahan-bahan kimia yang digunakan untuk pewasapan mempunyai sifat mudah meruap dan wap bahan tadi akan mengenai nematod. Contoh-conto racun yang digunakan secara pewasapan ialah dikloropropan-dikloropropen (d-D), metil-bromida, metili-sosianat (MIT) dan dazomet.
 
[[Kategori:Racun perosak]]