Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
→‎Sumber Rujukan yang Sah: contoh akhbar, pautan ke senarai akhbar.
Baris 16:
* '''Kamus dan majalah yang menjadi rujukan asas'''.
Misalnya Kamus Dewan, Kamus Oxford Fajar, majalah terkenal seperti National Geographic, majalah karyawan dan terbitan [[Dewan Bahasa dan Pustaka]], [[Karangkraf]] dan lain-lain lagi yang hanya mendapat reputasi dan saranan yang tinggi oleh para akademis.
* '''Buku agama, kitab-kitab, tafsir, buku undang-undang perundangan yang disanjung tinggi serta menjadi panduan hidup'''.
Misalnya Kitab suci, kitab karyawan ahli tafsir dan falsafah kehormat, hadith-hadith, kata-kata hikmah dari pemimpin dan cendekiawan ternama dan kehormat, serta buku perundangan seperti akta dan peraturan-peraturan yang menjadi asas kepada perlembagaan sesebuah negara dan pertubuhan utama.
* '''Surat Khabar yang menikmati reputasi yang tinggi'''.
Seperti akhbar harian yang mendapat sambutan tinggi oleh pembaca. Majalah gosip seharusnya tidak dijadikan sumber rujukan. Lihat [[senarai akhbar]] untuk mengetahui kepelbagaian jenis akhbar semasa.
* '''Ensiklopedia Utama'''
Contohnya adalah seperti [[Ensiklopedia Britannica]].
* '''Jurnal'''
Jurnal adalah sejenis majalah yang memuatkan hasil kajian akademik. Dalam menggunakan maklumat dalam jurnal, anda seharusnya membuat pertimbangan terlebih dahulu, kerana bukan semua hasil kajian adalah menepati kebenaran. Cara terbaik dalam memilih jurnal yang boleh dipercayai hasil kajiannya adalah melihat samaada jurnal itu mempunyai sumber rujukan, bibliografi, dan kaedah saintifik yang utuh dan boleh dipercayai. Lihat juga kaedah pengolahan ayatnya agar ianya teratur, lihat juga jurnal itu adalah hasil kajian dari siapa, golongan profesor bertaraf PhD dari universiti terkenal dan pernah menjalankan puluhan hingga ratusan kajian perlu menjadi keutamaan. Lihat juga, penerbit jurnal tersebut mestilah dari penerbit atau agesi persatuan yang boleh dipercayai, serta paling penting pastikan jurnal tersebut telah mendapat penelitian para akademis dan disahkan merupakan kajian yang memberangsangkan.