Perbezaan antara semakan "Racun nematod"

4 bait ditambah ,  8 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
'''Racun nematod''' ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh [[nematod]]. Kawalan nematod secara [[kimia]] bukanlah satu kaedah baru.<ref>Wilherm, S. (1966) Chemical treatments and inoculum potential of soil. Ann. Rev. Phytopathol. 4: 53-78.</ref> Penggunaan [[karbon disulfida]] untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di [[Jerman]] telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)<ref>Taylor, C.R. (1975) A brief analysis of the statistics of publication on nematode control. Proc. 8th Brit. Insecticide Fungicide Conf. 177-1193</ref>, penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.
 
Di [[Malaysia]] penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu meneydari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-[[rumah hijau]] atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para [[petani]] yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.
5,902

suntingan