Perbezaan antara semakan "Racun nematod"

4,582 bait ditambah ,  8 tahun lalu
k
k
 
===Hidrokarbon berhalogen===
Bahan-bahan daripada kumpulan ini selalunya digunakan sebagai pewasap. Bahan-bahan pewasap ini mudah meruap. Wap-wapnya akan memasuki celah butir tanah dan membunuh organisma yang terdapat di dalamnya.
 
Dikloropropan-dikloropropen (D-D) ialah sebatian yang mula diketahui mempunyai sifat racun nematod iaitu pada tahun 1943. Sebatian ini kemudiannya digunakan dalam sektor perladangan di [[Amerika Syarikat]]. D-D disuntik ke dalam tanah dan akan membunuh nematod serta organisma-organisma lain.
 
[[Metil bromida]] ([[Karbon|C]][[Hidrogen|H]]<sub>3</sub>[[Bromin|Br]]) merupakan bahan pewasap yang paling berkesan da sangat luas penggunaannya. Bahan ini boleh membunuh biji-biji rumpai, nematod, serangga dan agen-agen penyakit dalam tanah. Oleh itu ia juga dianggap sebagai pensteril. Pada dos yang biasa (50 g/m<sup>2</sup>) ia meninggalkan sisa dalam tanah antara 10-20 [[bahagian per juta|ppm]]. Sisa metil bromida dalam tanah bersifat [[fitotoksik]], oleh itu tanah perlu dibiarkan selama beberapa minggu sebelum boleh digunakan. Kebiasaannya tanah dibiarkan dua minggu selepas diberikan pewasapan dengan metil bromida. Penggunaan metil bromida boleh membasmi [[bakteria]] yang bertanggungjawab dalam proses penitratan yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok-pokok yang sensitif kepada [[ammonia]].<ref name='van berkum'>Van Berkum, J.A. and H. Hoestra. (1979) Practical aspects of the chemical control of nematodes in soil. In ''Soil Disinfestation'' (Ed. Mulder, D). 53-134. N. York: Elsevier Scientific Publishing Co.</ref>
 
===Organofosfat===
Nematod seperti juga serangga mempunyai sistem saraf walaupun bersifat primitif. Oleh itu sebatian-sebatian organofosfat boleh digunakan mengawal nematod dalam tanah iaitu dengan mengganggu sistem saraf. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian organofosfat mudah mengalami penguraian semasa berada dalam tanah. Oleh yang demikian, sebatian organofosfat yang mempunyai sifat-sifat sistemuk didapati memberi kesan yang lebih baik terhadap pengawalan nematod berbanding dengan sebatian-sebatian yang tak sistemik.
 
Terdapat beberapa sebatian organofosfat yang digunakan sebagai racun nematod iaitu diklofention dan disulfoton. Kada diklofention yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 280 kg/ha, sementara untuk mengawal serangga kada yang lebih rendah digunakan iaitu 16.7 kg/ha. Walaupun begitu, diklofention tidak berkesan untuk mengawal nematod yang membentuk [[sista]].
 
Contoh-contoh lain racun nematod daripada sebatian organofosfat ialah [[fensulfotion]], [[profos]] dan [[tionazin]]. Fensulfotion bukan sahaja digunakan untuk mengawal serangga dalam tanah dan pada daun tetapi juga snagat berkesan dalam mengawal nematod [[parasit]] kepada tumbuhan.<ref>Southards, C.J., C.H. Hadden and N.B. Shamiyeh. (1975) The effects of nematicides on sweet potato production. Tenn. Farm Home Sci. 95: 16-17.</ref> Profos pula sesuai untuk mengawal nematod dan serangga yang terdapat dalam tanah. Racun ini bersifat tak sistemik dan ia digunakan sebelum atau semasa penanaman dijalankan. Butir-butir racun ini boleh digaul dengan tanah hingga mencapai kedalaman 10-12 cm. Kesan racun ini berkurangan jika tanah mengandungi bahan organik yang tinggi.
 
===Isotiosianat===
Metam-sodium, Volex® dan dazomet ialah tiga jenis racun nematod yang tergolong dalam kumpulan isotiosianat. Tetapi hanya dazomet sahaja yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Dos yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 20-30 g/m<sub>2</sub> dengan membunuh nematod yang terdapat dalam beberapa sentimeter di bawah tanah.
 
Dalam tanah, dazomet akan terurai lalu menghasilakn metilisosianat. Di samping dapat mengawal nematod, ia juga dapat mengawal [[kulat]]-kulat tanah tetapi pada kadar yang lebih tinggi iaitu 370-395 kg/ha. Oleh kerana ia bersifat fitotoksik, maka tanah perlu dibiarkan beberapa minggu sebelum digunakan.
 
===Karbamat===
Karbofuran merupakan satu contoh racun nematod yang tergolong dalam kumpulan karbamat. Di samping mengawal nematod, sebatian ini juga boleh mengawal hamama dan serangga pada daun dengan kadar 0.51-1 kg/ha. Bagi kawalan serangga dalam tanah pula, karbofuran dimasukkan dalam lubang semaian pada kadar 0.5-4 kg/ha. Bagi kawalan nematod, kada yang digunakan adalah lebih tinggi iaitu 6-10 kg/ha. Karbofuran bersifat sistemik kerana ia boleh diserap oleh akar dan dibawa ke daun untuk membunuh serangga perosak daun.<ref>Minton, N.A. and L.W. Morgan. (1974) Evaluation of systemic and non systemic pesticides for insect and nematode control in peanuts. Peanut Sci. 1: 91-98.</ref> Di samping itu ia juga boleh digunakan dalam rawatan biji dan akar tumbuhan.<ref name='van berkum'/>
 
==Rujukan==
5,902

suntingan