5,902
suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.) |
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.) k |
||
'''Racun nematod''' ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh [[nematod]]. Kawalan nematod secara [[kimia]] bukanlah satu kaedah baru.<ref>Wilherm, S. (1966) Chemical treatments and inoculum potential of soil. Ann. Rev. Phytopathol. 4: 53-78.</ref> Penggunaan [[karbon disulfida]] untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di [[Jerman]] telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)<ref>Taylor, C.R. (1975) A brief analysis of the statistics of publication on nematode control. Proc. 8th Brit. Insecticide Fungicide Conf. 177-1193</ref>, penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.
Di [[Malaysia]] penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu
==Penggunaan==
Berasaskan kepada cara penggunaan, racun nematod boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penggunaan secara [[pewasapan]] dan bukan pewasapan. Pewasapan merupakan cara yang mula-mula sekali digunakan untuk mengawal nematod dan [[perosak]]-perosak lain yang terdapat dalam [[tanah]]. Bahan-bahan kimia yang digunakan untuk pewasapan mempunyai sifat mudah meruap dan wap bahan tadi akan mengenai nematod. Contoh-contoh racun yang digunakan secara pewasapan ialah dikloropropan-dikloropropen (D-D), metil-bromida, metili-sosianat (MIT) dan dazomet.
Terdapat juga bahan yang boleh digunakan bukan dengan cara pewasapan. Antara beberapa bahan ini ada yang bersifat sistemik kerana ia boleh diangkut dalam sistem tumbuh-tumbuhan. Sebatian sistemik ini boleh diangkut dalam dua arah iaitu sama ada dari akar ke daun atau sebaliknya. Melalui cara ini ia akan dapat membunuh nematod yang terdapat dalam semua bahagian tumbuhan.
|
suntingan