Diapaus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Diapaus''' merupakan penangguhan dalam perkembangan organisma ekoran keadaan persekitaran berlarutan yang tidak mengizinkan kehidupan organisma berkenaan...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:59, 8 Mei 2012

Diapaus merupakan penangguhan dalam perkembangan organisma ekoran keadaan persekitaran berlarutan yang tidak mengizinkan kehidupan organisma berkenaan.[1][2] Diapaus dianggap sebagai keadaan dorman secara fisiologi dengan keadaan-keadaan pemula dan perencat yang tertentu. Diapaus ialah satu mekanisme yang digunakan sebagai kaedah untuk mengharungi keadaan persekitaran tak mengizinkan yang diduga, seperti suhu melampau, kemarau atau kesusutan bekalan makanan. Diapaus paling banyak diperhatikan pada artropod, terutamanya serangga, serta embrio bagi kebanyakan spesies ikan yang ovipariti dalam order Cyprinodontiformes.[3] (Diapaus tidak terdapat bagi embrio spesies-spesies Cyprinodontiformes yang vivipari dan ovovivipariti.)

Bukan sahaja diapaus dicetuskan dalam sesuatu organisma oleh perangsang atau keadaan tertentu, malah sebaik sahaja ia dimulakan, hanya perangsang-perangsang lain yang tertentu yang mampu membangkitkan organisma itu dari diapausnya. Ciri pembangkitan organisma itu adalah penting untuk membezakan diapause sebagai fenomena yang berlainan daripada bentuk-bentuk kedormanan yang lain seperti penstrataan dan hibernasi.

Tahap keaktifan tahap diapaus amat berbeza-beza dari spesies ke spesies. Diapaus boleh terjadi dalam tahap yang tiada pergerakan sama sekali, seperti pupa dan telur, ataupun tahap teraktif yang menjalani perpindahan yang jauh seperti kupu-kupu Monarch, Danaus plexippus. Bagi yang mana serangga kekal aktif, pemakanan dikurangkan sementara perkembangan pembiakan terbantut.


Rujukan

  1. ^ The Insects; Structure and Function, 4th Edition. R.F. Chapman, Cambridge University Press, 1998. ISBN 0521 57048, p 403.
  2. ^ Tauber, M.J., Tauber, C.A., Masaki, S. (1986) Seasonal Adaptations of Insects. Oxford University Press, 414 pp.
  3. ^ Glen E. Collier (1997). "A molecular phylogeny for aplocheiloid fishes (Atherinomorpha, Cyprinodontiformes): the role of vicariance and the origins of annualism". PMID 9254916. Annual aplocheiloid killifish embryos possess a rare ability among vertebrates to enter stages of developmental arrest (diapause) when subjected to adverse environmental conditions. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan) PMID 9254916