Kerajaan Patani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 46:
 
Pada pertengahan kurun ke 17, Raja Kuning yang memerintah Patani telah mangkat dan menjadikan negeri Patani huru-hara. [[Raja Sakti I]] dari Kelantan berjaya [[Persekutuan Pattani Besar|menyatukan Patani dan Kelantan]] di bawah pemerintahannya pada tahun 1649. Pemerintahan di Patani selepasnya diterajui oleh puteranya, Raja Bakal yang memerintah dari tahun 1688-1690. Dua orang Raja Perempuan dari Kerajaan Jembal di Kelantan telah menerajui pemerintahan Patani iaitu Raja Mas Kelantan (1670-1698)dan puterinya Raja Mas Cayam yang dikenali juga sebagai Raja Dewi Peracu (1698-1702). Raja Mas Cayam inilah yang menabalkan anak [[Raja Bendahara Pahang|Bendahara Johor]] iaitu Tun Zainal Abidin sebagai Sultan di sungai Terengganu, dalam usahanya pengukuhkan persahabatan dan persekutuan dengan [[Kesultanan Johor|Johor]]. Namun Johor juga mengalami kemerosotan dan tidak mampu melindungi dan menghantar bantuan tentera ke Patani lagi kerana persengketaan di kalangan pembesar Melayu dan Yamtuan Muda Riau (pihak Bugis) pada akhir abad ke 17 dan pada abad ke 18. Siam menyerang Patani pada tahun 1785 dan Kedah pada 1821, dan kedua-dua negeri ini berjaya ditakluki Siam. Berikut ialah kronologi ringkas penaklukan Siam keatas Patani dan Kedah:
*1760: Kebangkitan kuasa [[Sejarah Myanmar |Burma]] di bawah dinasti Konbaung, [[Burma]] menakluk Siam pada 1767 dan [[Laos]] pada 1765.
*1768: Siam dibawah pimpinan general Taksin berjaya menghalau penjajah Burma.
*1769: Untuk mengukuhkan kuasanya di selatan Siam menakluk Ligor/Negara Sri Darmaraja([[Nakhon Si Thammarat]]). Armada angkatan laut dibina di [[Nakhon Si Thammarat]], [[Trang]] dan [[Krabi]] untuk menakluk wilayah selatan di semenanjung [[Tanah Melayu]].
*1782: Raja Buddha Yodfa Chulaloke atau Rama I menaiki takhta Siam menggantikan Raja Taksin yang digulingkan, dinasti Rattanakosin yang berpusat di Bangkok diasaskan.