Kerajaan Patani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 51:
*1782: Raja Buddha Yodfa Chulaloke atau Rama I menaiki takhta Siam menggantikan Raja Taksin yang digulingkan, dinasti Rattanakosin yang berpusat di Bangkok diasaskan.
*1785: Di bawah pemerintahan Raja Rama I, Siam menyerang dan berjaya menakluki Patani. Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah yang tunduk kepada Siam (tributary states) dan menghantar bunga emas ke Siam.
*1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, [[Yala]], [[Reman]] dan Rangae untuk melemahkan orang melayu.
*1821: Kedah ditawan Siam, Siam juga mengancam menyerang [[Perak]] dan [[Selangor]], Sultan Kedah yang kalah dilarang tinggal di Perak dan Selangor kerana Siam mengangap negeri-negeri ini dibawah kekuasaannya. Sultan Kedah terpaksa tinggal di Melaka dan melancarkan serangan gerila dari sana. Perak mula menghantar bunga emas dan 20 ekor gajah dari lembah Kinta kepada Siam.
*1832: [[Reman]] (dekat sempadan Thailand-Perak, juga [[Hulu Perak|merangkumi Grik dan Pengkalan Hulu]]), mengisytiharkan menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi dipatahkan.