Perhimpunan Bersih 2012: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 42:
Bersih 3.0 juga menuntut agar pemerhati antarabangsa dibenarkan memantau perjalanan pilihan raya. Kerajaan [[Myanmar]] dan [[Thailand]] pernah menjemput Malaysia memantau pilihan raya di negara mereka, mengapa tidak Malaysia.
== ReaksiMenjelang kerajaanperhimpunan ==
=== Pengumuman ===
# Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa Dataran Merdeka bukan tempat yang dibenarkan/diwartakan untuk berhimpun walaupun aman.<ref>[http://malaysiakini.com/news/194070 Nazri: Dataran Merdeka tidak diwarta untuk perhimpunan]</ref>
Pada awal April 2012, Jawatankuasa Pilihan Khas mengeluarkan laporan dapatan pembaharuan pilihan raya. Speaker [[Dewan Rakyat]] meluluskan laporan itu tanpa sebarang perbahasan di antara parti pembangkang dan pemerintah. Laporan minoriti pembangkang tidak disertakan dalam laporan muktamad.<ref>[http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2012/04/14/bersih-3-0-wants-to-sit-down-and-protest/Bersih 3.0 wants to sit down and protest] New Mandala</ref> Setakat itu, tidak satu pun tuntutan Bersih yang ditunaikan, apatah lagi dengan tanda-tanda bahawa kerajaan Malaysia bakal menyeru pilihan raya umum tanpa sebarang pembaharuan dalam sistem pilihan raya, Bersih mengumumkan perhimpunan ketiga untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April 2012.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/bersih-3.0-wants-to-sit-down-and-protest-dahlia-martin/Bersih 3.0 wants to sit down and protest — Dahlia Martin] The Malaysian Insider</ref>
# Ahli parlimen [[Rembau]], [[Khairy Jamaluddin]] mempersoalkan tindakan untuk mengadakan perhimpunan kerana kebanyakan tuntutan NGO itu telah ditangani oleh jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC). Tujuh daripada lapan tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil itu telahpun dimasukkan dalam syor PSC. Hanya satu tidak dimasukkan iaitu 'tempoh kempen minimum 21 hari'. Semua yang lain telah ditangani.<ref>[http://malaysiakini.com/news/194128 Tiada lagi sebab untuk demo, kata Khairy]</ref>
 
===Badan bukan kerajaan===
Bersih disokongh oleh [[Majlis Peguam Malaysia]] dan [[Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia|Suhakam]]
<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/28/suhakam-bar-council-show-support-for-bersih-3-0/Suhakam, Bar Council show support for Bersih 3.0] Free Malaysia Today</ref> [[MCCBCHST|Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao]] (MCCBCHST) menyokong hak Bersih untuk berhimpun secara aman.<ref>[http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=32736:interfaith-group-support-bersih-30-all-religions-demand-fair-play-and-transparency&Itemid=2Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparency] Malaysia Chronicle</ref>
Bersih 3.0 turut disokong oleh [[Pertubuhan IKRAM Malaysia]] (IKRAM)<ref>[http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=617:ikram-menyokong-bersih-30&catid=1:berita-pusat&Itemid=9/ IKRAM Menyokong BERSIH 3.0] Pertubuhan IKRAM Malaysia</ref>
 
=== Tindak balas kerajaan ===
Menteri Dalam Negeri, [[Hishamuddin Tun Hussein|Datuk Seri Hishammuddin Hussein]] menyatakan bahawa kerajaan telah terlebih tindak balas terhadap perhimpunan Bersih pada tahun 2011.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/195665 We overreacted to Bersih 2.0, says Hisham]Malaysiakini</ref> Hishammuddin menyatakan bahawa kerajaan tidak memandang perhimpunan Bersih 3.0 sebagai ancaman kepada keselamatan.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=661031 Bersih Rally Not Security Threat -Hishammuddin] BERNAMA</ref> Dia menawarkan dua tempat sebagai ganti Dataran Merdeka, iaitu [[Stadium Nasional Bukit Jalil]] dan [[Stadium Merdeka]], tetapi kedua-duanya ditolak oleh Bersih.<ref>[http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20120425-341945.html 2 stadiums offered as alternate Bersih rally venue] AsiaOne News</ref>
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, [[Rais Yatim|Datuk Seri Rais Yatim]] menyifatkan perhimpunan Bersih sebagai "kotor" kerana tidak menghormati undang-undang negara.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/28/rais-calls-it-a-dirty-gathering/Rais calls Bersih ‘dirty’ gathering] Free Malaysia Today</ref>
 
Setelah beberapa perjumpaan antara Bersih dan [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur]], tiada kompromi tercapai berkenaan pilihan tempat untuk berhimpun.<ref>[http://www.thesundaily.my/news/360023 DBKL and Bersih in deadlock over Dataran] the Sun Daily</ref> DBKL meletakkan perintang untuk menghalang peserta daripada menyertai perhimpunan duduk bantah oleh Bersih itu.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/27/dbkl-shuts-down-dataran-merdeka/ DBKL locks down Dataran Merdeka] Free Malaysia Today</ref>
 
===Arahan makhamah===
Mahkamah Tinggi Malaysia mengarah Hishammuddin untuk memperjelas sama ada Bersih merupakan pertubuhan haram atau tidak, lebih-lebih lagi memandangkan kenyataan terbaru beliau tentang Bersih adalah tidak sejajar sesama sendiri.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/25/court-orders-hisham-to-clarify-bersih-ban/Court orders Hisham to clarify Bersih ban] Free Malaysia Today</ref><ref>[http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/court-orders-hisham-to-state-if-bersih-still-bannedCourt orders Hisham to state if Bersih still banned] The Malaysian Insider</ref>
 
Polis Malaysia menerima arahan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk melarang sebarang kemasukan oleh Bersih ke dalam [[Dataran Merdeka]] dan sebarang perhimpunan di situ boleh dianggap sebagai haram.<ref>[http://www.thesundaily.my/news/361941 Court order issued against Bersih 3.0] The Sun Daily</ref><ref>[http://www.bernama.com.my/bernama/v6/newsindex.php?id=662493 Court Grants Restraining Order Barring Entrance Into Dataran Merdeka] BERNAMA</ref>
 
===Pendedahan lanjut===
Menjelang perhimpunan itu, didakwa bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan ahli UMNO. Bersih menyatakan bahawa mereka mempercayai mereka walaupun sangsi sehinggalah lebih banyak bukti didedahkan.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/27/ec-umno-ties-ambiga-shocked/EC-UMNO ties: Ambiga shocked] Free Malaysia Today</ref><ref>[http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ec-chief-deputy-admit-they-could-have-been-umno-members/EC chief, deputy admit they ‘could have been’ UMNO members] The Malaysian Insider</ref>
 
== Bantahan ==