Kacang botor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 21:
[[imej:Psophocarpus tetragonolobus2.jpg|thumb|200px|Bunga kacang kelisa.]]
Ia adalah tumbuhan memanjat separa berkayu, batang berbentuk silinder, licin tanpa bulu, liat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang setelah tua. [[Daun]] jenis majmuk trifoliat, susunan berselang-seli, tangkai panjang, halus. Anak daun bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung menirus, nipis, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang, tepi rata. [[Bunga]] majmuk, bersaiz sederhana, kelopak berwarna ungu, terdapat 1-10 kuntum dalam 1 jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. [[Buah]] memanjang, bersegi empat dengan sayap di setiap sisi, sepanjang tepi sayap bergerigi kecil, berwarna hijau ketika muda bertukar coklat apabila tua, mengandungi banyak [[biji benih]] di tengahnya. Biji sederhana besar, berwarna hijau ketika muda, coklat kehitaman apabila telah tua, berbentuk bulat membujur, keras seperti biji [[kacang soya]].
[[Imej:Kacang botor.jpg|thumb|200px|Kacang botor.]]
 
==Penanaman==
[[Imej:Kacang botor.jpg|thumb|200px|Kacangleft|Buah kacang botor di pokok.]]
Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 [[meter]], pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa yang lain. Ia ialah tumbuhan [[herba]] [[Pokok saka|saka]] dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai [[pokok semusim]] mengikut kegunaan penanamannya.