Dipuji Dalam Perutusan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
 
Anggota tentera itu boleh dipuji dalam laporan berulang kali tetapi tidak menunjukkan apa-apa tanda menerima pujian berulang kali melainkan kepingan sijil-sijil kepujian. Semasa [[Perang Dunia I]], John Vereker, yang memenangi pingat [[Victoria Cross]] dipuji dalam laporan sebanyak 9 kali. Panglima Australia, Jeneral [[H.G. Bennett]] dipuji dalam laporan sebanyak 8 kali semasa
 
==Perkhidmatan Malaysia==
 
[[image:imgkpk2.jpg|thumb|right|nugerah Kepujian Perutusan Keberanian diberikan kepada anggota Angkatan bersenjata ataupun Pasukan Polis untuk perlakuan keberanian]]
 
Di dalam perkhidmatan angkatan bersenjata Malaysian dan pasukan keselamatan yang lain, anugerah ini dipanggil '''Kepujian Perutusan Keberanian''' (KPK) (Mention in Despatches). Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian diberikan kepada anggota Angkatan bersenjata ataupun Pasukan Polis untuk perlakuan keberanian yang patut diberikan pujian tetapi tidak sehingga tahap pemberian pingat. Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian boleh diberikan kepada seseorang itu lebih dari sekali dan untuk anugerah-anugerah berikutnya, batu bar ditambah.
 
Penerima anugerah ini boleh memakai lencana daun palas (laurel) diperbuat dari gangsa dan disematkan kepada riben lain-lain anugerah yang diterima oleh pemakainya. Jika penerima anugerah Kepujian Perutusan Keberanian tidak mempunyai apa-apa anugerah pingat, dia boleh menyematkan lencana Kepujian Perutusan Keberanian di atas pakaian pemakainya. Lencana ini juga boleh disematkan kepada sehelai kain yang sama warna dengan warna pakaian pemakainya. Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian dimulakan pada 29 Julai 1960 and diwartakan pada 11 Ogos 1960.
 
==Kegunaan di Amerika Syarikat==