Pencurahan Roh Kudus terjadi pada hari [[pentakosta]], sepuluh hari setelah kenaikan Yesus ke syurga atau lima puluh hari setelah peristiwa kebangkitan Yesus dari kematian. Terjadi di [[Jerusalem]] pada sebuah ruang atas dan diterima oleh murid-murid Yesus. Menurut Alkitab, murid-murid Yesus pada hari mereka menerima Roh Kudus mampu mempertaubatkan tiga ribu manusia.
== Roh Kudus dari pandangan Islam ==
Roh Kudus boleh disamaertikan dengan Roh Suci (Holy Spirit). Islam berpandangan bahawa apa yang dimaksudkan dengan Roh Kudus itu adalah malaikat [[Jibril]] a.s.
Dalam kisah [[Siti Maryam]], ibu kepada [[Nabi Isa ]] a.s , [[Allah]] swt telah mengutuskan Jibril untuk mendatangi Siti Maryam bagi menyampaikan kalimat-Nya dan kekuasaan-Nya (wahyu) kepada Siti Maryam yakni berupa nabi dan rasul-Nya yang diberi nama oleh Allah swt sebagai [[Al Masih Isa ibn Maryam]] biarpun ketika itu Siti Maryam masih belum bersuami.
Dengan ini membuatkan bahawa pandangan Islam berkenaan kewujudan dan kelahiran Nabi Isa a.s adalah amat berlainan dan berbeza dengan aliran utama Kristian.