Abdullah Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 70:
Ketika Abdullah menerajui Institut Kajian Politik dan Ekonomi (Ikape) dan menganjurkan ceramah Tun Dr [[Mahathir Mohamad]]. Rakaman DVD kecaman Tun Dr Mahathir terhadap Abdullah Ahmad Badawi tersebar luas. Oleh kerana namanya sama dengan PM Abdullah Ahmad Badawi, maka beliau lebih gemar memanggil PM sebagai Badawi sahaja. Beliau berkhidmat dengan [[Abdullah Ahmad Badawi]] sebagai PM selama 21 hari sahaja. Sejak itu beliau banyak mengatur program menjemput Tun Dr Mahathir di pentas tertentu untuk memberi ceramah seperti pada 10 November 2005.
 
Pada 26 Julai 2006 beliau dan [[Ibrahim Ali]] menganjurkan syarahan Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] di [[Kota Bharu]], [[Kelantan]]. Dr Mahathir dijemput oleh [[Majlis Tindakan Rakyat Kelantan]] yang dipengerusikan oleh Dato [[Ibrahim Ali]]. Dikatakan Dato’ [[Nik Sapiea Nik YusofYusoff]] telah menyembur spray pemedih mata ke muka Tun Dr Mahathir di [[Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra]], [[Kota Bharu]], [[Kelantan]]. <ref>[http://chegubard.blogspot.com/2006/07/dua-datuk-rebut-sambut-mahathir-punca.html Dua Datuk rebut sambut Mahathir punca gas lada itam !]</ref>
Perebutan menjadi penganjur antara Ibrahim Ali dengan Nik Sapiea menjadi punca mata Tun Dr Mahathir disembur dengan gas pemedih mata.<ref>[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3782&Itemid=59 Wawancara Abdullah Ahmad: "Apa salah kalau saya atur program Mahathir?"]</ref>
 
==Penulisan==
Wartawan [[The Sun]] menganggap Abdullah Ahmad mempunyai 9 nyawa kerana peranan dan tulisannya masih diperlukan dari era Tun Razak, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Beliau merupakan seorang yang cukup berstail dalam penulisan profail politik Malaysia semasa. Tulisannya pernah menimbulkan kerumitan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi. Beliau juga dilihat sebagai pengampu Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] malah dianggap sebagai "budak jahat" oleh musuhnya. Beliau dianggap 'pengimbang' pengaruh [[Tengku Razaleigh Hamzah]] di Malaysia khususnya di [[Kelantan]]. Perpecahan dan pergeseran pemimpin UMNO [[Kelantan]] menyebabkan kerajaan PAS dapat didirikan di Kelantan pada tahun 1990.