Pertempuran Jambatan Gemencheh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
'''Pertempuran Jambatan Gemencheh''' adalah satu pertempuran di antara askar-askar [[Australia]] dengan askar [[Jepun]] semasa [[Perang Dunia II]]. Semasa [[Pertempuran Malaya]], satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan [[Gemencheh]] berhampiran [[Gemas]]. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar [[Australia]] bertembung dengan askar-askar Jepun.
 
Askar-askar dari Batalion 2/30 Infantri dari [[Divisyen ke-8 Australia]], [[Tentera Imperial Australia]] dihantar untuk menentang kemaraan askar-askar Jepun dari arah [[Kuala Lumpur]]. Batalion 2/30 infantri Australia di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel [[Frederick Gallagher Galleghan|"Black Jack" Galleghan.]]
 
Leftenan Kolonel [[Frederick Gallagher Galleghan|"Black Jack" Galleghan]] memilih untuk menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan [[Gemencheh]] yang menghubungkan bandar [[Gemas]] dan [[Tampin]]. Pasukan Jepun telah mara melewati [[Tampin]] dan perlu menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai ke [[Gemas]].