Soffiya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Atinyaya (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
| creative_director =
| presenter =
| starring = [[Tiz Zaqyah]] <br /> [[Fizo Omar]] <br /> [[Azhar Sulaiman]] <br /> Izara Aishah <br/ > Syazwan Zulkifli
| judges =
| voices =
Baris 53:
 
==Sinopsis==
Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan. Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya ([[Tiz Zaqyah]]).
 
Ikuti kisah Soffiya ([[Tiz Zaqyah]]) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.
Baris 61:
Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifli) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh.
 
Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas ([[Fizo Omar]]). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.
 
Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aishah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.
 
Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal ([[Azhar Sulaiman]]) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.
 
Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.
Baris 76:
===Watak utama===
*[[Tiz Zaqyah]] as Soffiya
*[[Fizo Omar]] as Ilyas
*[[Azhar Sulaiman]] as Kamal
*Izara Aishah as Fiona