Shahnon Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Dato' Haji Shahnon bin Ahmad''' (lahir [[1933]] di [[Sik]], [[Kedah]]) adalah seorang [[senarai penulis Malaysia|penulis]] [[Malaysia]], mendapat gelaran [[Sasterawan Negara]], serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun [[1982]]. Beliau juga merupakan seorang [[Profesor Emeritus]] di [[Universiti Sains Malaysia]], [[Pulau Pinang]].
 
{{TOCleft}}
==Kehidupan awal==
Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di [[Banggul Derdap]], [[Sik]], [[Kedah]]. Beliau kini menetap di 61, [[Cangkat Minden]], Jalan 1, 11700 [[Gelugor]], [[Pulau Pinang]].
 
==Pendidikan dan kerjaya==
Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V (1946) ; [[Maktab Sultan Abdul Hamid]], [[Alor Setar]] hingga lulus Sijil Persekolahan.
 
==Kerjaya==
Beliau bertugas sebagai guru di Grammer English School, [[Kuala Terengganu]] (1954); Pegawai Tentera di [[Port Dickson]], [[Negeri Sembilan]] (1955-1956). Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar [[bahasa Inggeris]] di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).